Harian Metro

UMT BINA STUDIO QURAN berteknolo­gi tinggi PERTAMA DI DUNIA

-

Bagi memperkasa­kan pembentuka­n generasi Ulul Albab khususnya dalam aspek pembacaan al-Quran dan hafazan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membangunk­an Studio al-Quran Ulul Albab, yang pertama seumpamany­a di negara dan di dunia.

Menteri Pendidikan Tinggi,

Datuk Seri Idris Jusoh, berkata studio berteknolo­gi tinggi bernilai RM100,000 itu dibina di Kampung Raja, Besut menerusi projek komuniti di bawah Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) UMT dengan kerjasama Majlis Kebajikan Pelajaran Besut (MKPB).

Katanya, ia mendedahka­n pelajar kepada kaedah baharu pembacaan alQuran menerusi teknologi dan teknik pembelajar­an interaktif menerusi penggunaan al-Quran digital dan teknologi maya.

Beliau berkata, bacaan al-Quran setiap peserta di dalam studio kedap suara itu juga akan dirakam secara audio dan visual.

Studio itu juga, katanya, bakal menjadi pusat latihan vokal khusus untuk taranum, selain pusat rujukan masyarakat termasuk imam, guru alQuran, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

“Di sini, bacaan akan direkodkan dalam ‘spectrogra­m,’ iaitu aplikasi untuk mengesan suara, memeriksa gelombang bacaan serta kadar harakat bacaan.

“Ia memudahkan proses pembelajar­an dan mengenal pasti kesalahan. Malah, bacaan juga dirakam secara audio dan visual bagi memudahkan proses menilai prestasi perkembang­an dan kemajuan pelajar sepanjang tempoh pembelajar­an.

“Saya kagum dengan kejayaan dan inovasi terbaru pensyarah UMT yang mampu menggunaka­n teknologi dan sains untuk manfaat agama,” katanya ketika merasmikan studio itu.

Idris meminta lebih ramai pensyarah dan warga universiti mencipta inovasi baru, terutama dalam bidang sains dan teknologi demi faedah masyarakat dan membantu membangunk­an negara.

Studio al-Quran berkenaan yang beroperasi sejak dua bulan lalu mampu melatih 30 peserta bagi setiap sesi pembelajar­an dan mengambil masa setahun untuk tamat.

 ??  ?? IDRIS (tengah) bersama kakitangan UMT .
IDRIS (tengah) bersama kakitangan UMT .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia