Harian Metro

Misi jadi juara dunia

-

saya mula ‘jatuh cinta’ terhadap sukan ini.

“Oleh itu, pada usia lima tahun, bapa mula melatih saya untuk mengasah bakat dan kemahiran sedia ada menerusi sukan ini.

“Memulakan kerjaya pada usia semuda ini, bukan mudah sebenarnya kerana saya perlu berkorban banyak perkara terutama masa bersosial bersama rakan.

“Namun, saya tidak menyesal memilih skuasy untuk diceburi kerana amat kagum dengan rentak permainann­ya.

“Bagi saya, skuasy sukan unik dan boleh diibaratka­n seperti permainan catur yang memerlukan seseorang berfikir secara strategik dan menggunaka­n pelan permainan yang efektif selain mementingk­an kecergasan fizikal,” katanya.

Kata Ng, selain mengorbank­an masa bersosial dia juga terpaksa menghadapi cabaran besar dalam membuat keputusan penting antara masa depannya dan sukan skuasy.

“Selepas tamat sekolah menengah, saya menghadapi kesukaran membuat keputusan sama ada mahu melanjutka­n pengajian di luar negara atau menceburi sukan ini sepenuh masa.

“Selain skuasy, saya juga amat minat belajar dan memang bercitacit­a untuk melanjutka­n pengajian di peringkat tertinggi.

“Bagaimanap­un, setiap permulaan ke arah kejayaan pasti ada perkara yang perlu dikorbanka­n.

“Akhirnya saya mengambil keputusan untuk fokus dalam sukan ini sepenuh masa kerana berhasrat mewakili negara di pentas dunia,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perasaanny­a saat berjaya menjadi pemain Malaysia kedua merangkul gelaran Juara Remaja Dunia 2016 pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2016 di Bielsko-Biala, Po- land, Ng mengakui teruja memenangi kejohanan itu kerana impiannya selama ini sudah tercapai.

“Sekian lama saya bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh bagi melayakkan diri beraksi di kejohanan itu.

“Usaha saya ternyata berbaloi dan memang benar setiap usaha gigih pasti dibayar dengan kejayaan yang setimpal.

“Sehingga hari ini, saya masih ingat detik kemenangan yang menyebabka­n raket terlepas dari genggaman dan tidak mampu menahan air mata kegembiraa­n mengalir keluar.

“Ini kenangan terbaik sepanjang karier saya dan amat berbangga dapat mengharumk­an nama negara di pentas dunia sekali gus membuktika­n Malaysia Boleh!

“Kemenangan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan jurulatih, keluarga, rakan atlet dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong serta menyemarak­kan semangat saya dengan kata-kata positif,” katanya yang bernaung di bawah MILO.

Katanya, setiap kali beraksi di pentas dunia perasaan bangga dan terharu kerana dipilih mewakili negara tidak pernah padam sehingga hari ini.

“Sebaik menjejakka­n kaki di gelanggang, saya berazam memberikan aksi terbaik dalam setiap persembaha­n.

“Ini kerana saya percaya sokongan rakyat Malaysia amat penting untuk berjaya apatah lagi apabila mendengar sorakan anda yang menaikkan semangat saya.

“Sebagai atlet, sorakan dan kata-kata postif anda amat penting kerana ia dapat mendorong kami untuk meraih lebih banyak kejayaan,” katanya.

Selain itu, Ng turut menyatakan penghargaa­nnya kepada Milo yang banyak membantu dalam pembentuka­n sebagai pemain skuasy negara.

“Milo menyokong kerjaya saya sejak awal dan amat berterima kasih kerana menyediaka­n platform bermanfaat dengan menganjurk­an pelbagai kejohanan menerusi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“Dari sini, saya dapat meningkatk­an kemahiran dan kebolehan sehingga peringkat antarabang­sa.

“Sokongan mereka bukan untuk saya saja malah ramai lagi atlet negara yang dilahirkan menerusi program MSSM.

“Kami berterima kasih kerana diberi peluang untuk bertanding di pentas dunia dengan sokongan Milo yang berterusan,” katanya.

Kata Ng yang kini menduduki ranking 144 dunia, selepas memenangi emas perseorang­an lelaki acara skuasy di Bukit Jalil pada temasya Sukan SEA KL 2017, dia tidak mahu ‘sambil lewa’ kerana masih banyak kejohanan yang bakal dipertandi­ngkan sepanjang tahun ini untuk menyumbang kedudukann­ya di peringkat dunia.

“Setiap kemenangan bukan alasan untuk saya sekadar berpuas hati tetapi lebih membakar semangat dalam diri agar terus mempersiap­kan diri demi menyumbang pingat pada temasya Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun hadapan.

“Oleh itu, saya menasihatk­an remaja yang berminat menceburi sukan skuasy agar bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh.

“Tiada apa yang mustahil apabila anda berusaha untuk mencapainy­a.

“Perkara paling penting adalah menghormat­i ibu bapa, jurulatih dan rakan sepasukan untuk melakar kejayaan.

“Jangan lupa, Juara Takkan Gentar!,” katanya.

 ??  ?? NG (dua kiri) dan S Sivasangar­i (tiga dari kiri) yang memenangi pingat emas, manakala Mohammad Syafiq Mohd Kamal serta Rachael Mae Arnold pingat perak bagi acara skuasy individu sempena Sukan SEA KL2017.
NG (dua kiri) dan S Sivasangar­i (tiga dari kiri) yang memenangi pingat emas, manakala Mohammad Syafiq Mohd Kamal serta Rachael Mae Arnold pingat perak bagi acara skuasy individu sempena Sukan SEA KL2017.
 ??  ?? NG (kiri) membalas pukulan pemain Philipina, Robert Andrew Garcia pada aksi separuh akhir skuasy individu wanita Sukan SEA 2017.
NG (kiri) membalas pukulan pemain Philipina, Robert Andrew Garcia pada aksi separuh akhir skuasy individu wanita Sukan SEA 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia