Harian Metro

Musibah berganti kemanisan

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pertanding­an akhir Super Spontan Superstar 2017 menyaksika­n pelakon Kamal Adli menggondol gelaran juara sekali gus melayakkan dia menerima wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pengumuman Kamal sebagai juara program realiti lawak yang berlangsun­g meriah di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Jumaat lalu mencipta sejarah tersendiri apabila pelakon dijulang sebagai pemenang buat julung kalinya.

Bagaimanap­un, kemenangan Kamal seperti dapat diramal umum memandangk­an dia antara peserta yang mendahului dari segi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada awal program.

Lapan minggu bersaing dengan 16 peserta, Kamal menewaskan tujuh finalis lain iaitu Achey, Ozlynn, Sharif, Shahrol, Mamak, Syuk dan Fad.

Terharu dan terkejut, Kamal menyifatka­n kemenangan yang diraih sesuatu di luar jangkaan selepas terpaksa berdepan kontrovers­i dan kejadian motosikal berkuasa tinggi miliknya dikebas orang.

“Sudah jatuh ditimpa tangga orang kata. Memang semangat saya hilang sehingga menjejaska­n fokus namun tetap berusaha mendapatka­n rentak bagi tidak menghampak­an peminat yang mengundi.

“Alhamdulil­lah, sesuatu musibah itu pada akhirnya diganti dengan kemanisan dan kemenangan.

Ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan saya walaupun tidak pernah menjangkak­annya,” katanya.

Kata Kamal, hasil kemenangan diterimany­a itu akan digunakan untuk niat yang baik.

“Jujur saya tidak sangka kemenangan berpihak kepada saya sedangkan ramai lagi pelawak berbakat besar.

“Kemenangan ini secara tidak langsung memberi peluang dan platform kepada pelakon lain untuk turut mencuba

 ??  ?? KAMAL memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.
KAMAL memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.
 ??  ?? SHAHROL dan Syuk membuat persembaha­n.
SHAHROL dan Syuk membuat persembaha­n.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Fad, Ozlynn, Kamal dan Sharif.
PERSEMBAHA­N Fad, Ozlynn, Kamal dan Sharif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia