Harian Metro

POE, ZAINAL KEMBALI ‘BERRAGGAE’

- Rodly Fadly am@hmetro.com.my

Trend penyanyi lama membuat kemunculan semula selepas kejayaan program realiti Gegar Vaganza menambahka­n kerancakan dunia seni suara negara.

Tidak dinafikan penerimaan peminat terhadap artis otai seperti Zarul Umbrella, Ayai

Ilusi dan Ameng Spring mendorong lebih ramai artis yang sekian lama menyepi diri kembali beraksi.

Hakikat ini diakui Poe, penyanyi raggae yang terkenal dengan lagu kritikan sosial sekitar 80-an sama ada secara solo atau berganding dengan Zainal melalui kumpulan Rampa.

Sekian lama membawa haluan seni masingmasi­ng, Poe dan Zainal kini bakal meraikan ulang tahun kelahiran Rampa yang ke-33 pada tahun ini.

Langkah pertama kelahiran semula Rampa akan dimulakan dengan persembaha­n pada acara pembukaan serta penutup Karnival Jelajah Kembara Merentasi

Masa di Langkawi pada 23 November hingga 2 Disember ini.

Menurut Poe atau nama sebenarnya Fauzi Ahmad, idea untuk kembali menghidupk­an Rampa sudah lama ada terutama selepas melihat penerimaan peminat terhadap penyanyi atau kumpulan muzik lama.

Namun, keadaan kesihatan Zainal yang mengalami masalah saraf menyebabka­n Poe terpaksa menangguhk­an hasrat itu.

“Sebenarnya sudah lama saya terfikir untuk buat ‘comeback’. Walaupun sudah lama saya dan

Zainal tidak membuat persembaha­n bersama, masih ramai peminat ingat kami.

“Setiap kali saya membuat persembaha­n, peminat akan tanya mengenai Rampa serta meminta menyanyika­n lagu kumpulan ini.

“Saya yakin Rampa masih ada pengikut malah melihat kepada penerimaan peminat terhadap penyanyi lama yang muncul semula termasuk daripada generasi baru, kehadiran kami juga akan diterima,” kata Poe yang kini masih aktif membuat persembaha­n pentas bersama kumpulan The Retired Stoner.

Rampa yang ditubuhkan pada 1984 merakamkan tiga album, Dunia Materialis­tik (1984), Apa Macam? (1985) dan Antara Kita Dengan Iblis Dan Syaitan (1986). Antara lagu popular kumpulan duo ini adalah Joyah, Jelaskan, Jemputan Kahwin, Hentam Saja dan Pilihlah Daku.

Seperti Poe, Zainal juga turut teruja serta tidak sabar untuk kembali membuat persembaha­n meskipun kesihatann­ya belum pulih sepenuhnya.

“Sudah lama kami tidak membuat persembaha­n bersama, rasanya hampir 30 tahun menyebabka­n saya sangat rindukan saatsaat itu.

“Walaupun selepas Rampa berkubur, saya masih aktif bermain muzik bersama beberapa kumpulan. Namun kombinasi saya dengan

Poe meninggalk­an kesan sangat mendalam di mana sehingga sekarang orang mengenali saya sebagai Zainal Rampa.

“Saya seronok bersama Rampa kerana bebas mengekspre­sikan muzik saya. Apatah lagi saya dan Poe sekepala serta mempunyai matlamat yang sama iaitu melakukan kritikan sosial melalui lagu.

“Walaupun ada beberapa lagu kami seperti Pilihlah Daku mencetuska­n kontrovers­i sehingga diharamkan namun kami sampaikan secara jujur,” katanya.

Menurut Zainal, walaupun kudratnya kini tidak segagah dahulu, dia cukup bersemanga­t untuk membuat persembaha­n di Langkawi kelak.

“Keadaan kesihatan saya baru 30 peratus pulih. Dulu, saya hanya terbaring kerana mengalami lumpuh tetapi sekarang sudah boleh berdiri serta bergerak walaupun terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda.

“Malah, untuk bermain gitar, saya hanya boleh menggunaka­n dua jari kerana jari yang lain masih lemah. Bagaimanap­un, saya yakin masih mampu memberi persembaha­n terbaik.

“Saya harap kemunculan semula Rampa dapat

Persembaha­n khas sempena ulang tahun ke-33 kumpulan Rampa

mengubati kerinduan peminat kami. Malah sejak diuar-uarkan mengenai penampilan semula

Rampa melalui laman sosial, kami menerima maklum balas yang sangat positif.

“Saya harap ini permulaan yang baik untuk Rampa melakukan ‘comeback’. Malah, jika ada rezeki, kami berharap dapat menghasilk­an single baru,” ujar Zainal.

Sementara itu, penganjur Karnival Jelajah Kembara Merentasi Masa, Ahmad Radzi Abdul Hamid, berharap penampilan semula Rampa pada karnival berkenaan kelak bakal membuka laluan kepada kumpulan itu untuk kembali aktif.

Selain di Langkawi, Rampa dijangka akan membuat persembaha­n pada beberapa karnival yang bakal berlangsun­g di beberapa negeri di seluruh Malaysia.

“Karnival ini kelak bukan sahaja sebagai menghargai sumbangan Rampa malah merupakan batu loncatan untuk mereka kembali ke persada seni dan pada masa sama dapat membantu Zainal yang kini kurang sihat,” ujar Radzi.

 ??  ?? ZAINAL (kiri) dan Poe buat kemunculan semula di Langkawi. Saya yakin Rampa masih ada pengikut malah melihat kepada penerimaan peminat terhadap penyanyi lama yang muncul semula termasuk daripada generasi baru, kehadiran kami juga akan diterima
ZAINAL (kiri) dan Poe buat kemunculan semula di Langkawi. Saya yakin Rampa masih ada pengikut malah melihat kepada penerimaan peminat terhadap penyanyi lama yang muncul semula termasuk daripada generasi baru, kehadiran kami juga akan diterima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia