Harian Metro

SINOPSIS TV

- Astro Ria, 10 malam Red Velvet Astro Prima , 10 malam BIBIK CYBER TV9, 4 petang KU CINTA KAU SEORANG

Mengisahka­n Helena tidak mempedulik­an tohmahan dan cacian orang sekeliling apabila dia nekad mahu mengahwini Fareeq, suami kepada Suhaila.

Sebaik tahu perkara itu, Datuk Fauzan mencadangk­an Helena menyambung pengajian di luar negara. Tidak bersetuju dengan keputusan bapanya itu, Helena melarikan diri dan merancang berkahwin dengan kekasihnya. Malangnya Fareeq tidak menepati janjinya dan Helena kecewa separuh mati.

Dalam mengharung­i hidupnya yang huruhara, Helena bertemu Izzat yang ego dan sinis. Sikap Izzat membuatkan Helena semakin kusut.

Keadaan bertambah tegang apabila Helena terpaksa bekerja dengan Izzat. Tanpa diduga, hati mereka mula bertaut.

Namun, rahsia Helena terbongkar apabila mereka asyik menyulam cinta. Mampukah Helena mempertaha­nkan hubunganny­a dengan Izzat?

Pelakon: Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa dan Amira Othman. Bibik Kartika terjumpa sebuah komputer riba sewaktu ke pasar. Dia yang tidak tahu menggunaka­n komputer riba cuba menimba ilmu daripada Akim. Bibik Kartika akhirnya mempunyai akaun Facebook.

Pelakon: Siti Chubby, Kaza dan Shamsul Ghau Ghau. Kebelakang­an ini, Batrisya terasa seperti diekori dan memaklumka­n perkara itu kepada Razman namun tidak dipedulika­n. Sementara itu Batrisya berasakan hubungan kali kedua tidak sama seperti yang pertama.

Pelakon: Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek dan Hafizuddin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia