Harian Metro

Masih terkenang Valderrama

Demi yakin tidak akan berjumpa dengan lelaki sebaik Valderrama

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Walaupun sudah setahun menamatkan hubungan dengan Wilmer Valderrama, penyanyi Demi Lovato mengakui sentiasa merindui pelakon itu.

Malah, penyanyi berusia 25 tahun itu masih tertanya-tanya adakah keputusann­ya berpisah dengan Valderrama tindakan betul.

Pengakuan itu dikongsi Demi menerusi dokumentar­i Demi Lovato: Simply Complicate­d yang kini boleh disaksikan di YouTube.

Pada Selasa lalu, penyanyi Sorry Not

Sorry itu berkata bukan mudah untuk melupakan hubungan yang terjalin selama enam tahun.

“Ada kalanya apabila kesunyian lewat malam, saya mula terfikir adakah keputusan ini betul.

“Cinta ibarat berjudi. Saya kurang pasti sekiranya dia akan hilang daripada hidup. Rasanya, hati saya sentiasa bersama dia,” katanya.

Ujar Demi lagi, dia sangat yakin tidak akan berjumpa dengan lelaki sebaik Valderrama malah berasakan mereka masih serasi dalam banyak perkara.

Mengenai perkembang­an karier seninya pula, Demi bakal mengadakan konsert jelajahnya bersama penyanyi DJ Khaled di Amerika Syarikat, tahun depan.

Konsert itu bagi mempromosi­kan album barunya, Tell Me You Love Me dan persembaha­n pertamanya bermula di

San Diego pasa 26 Februari nanti.

Dia kemudian akan meneruskan jelajahnya ke Dallas, Brooklyn, Boston, Miami dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia