Harian Metro

Sebak hajat anak tak kesampaian Demi kasih sesama insan

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

“Saya tidak dapat menahan sebak pada saat mengambil sijil arwah anak di atas pentas,” kata Zakiah Abdul Aziz, 54, yang mewakili arwah anaknya, Nor Farisa Aliah Abdul Fadir, 19, yang meninggal dunia akibat demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru pada 6

Disember tahun lalu.

Menurut Zakiah, walaupun dia berasa terlalu sedih ketika mengambil sijil di atas pentas sempena Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Johor di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, di sini, kelmarin, namun dia lega kerana akhirnya dapat menyempurn­akan hari yang ditunggu arwah anaknya.

Zakiah berkata, selepas anaknya tamat pengajian di peringkat sijil dalam bidang Pengoperas­ian Perniagaan di Kolej Komuniti Ledang, dia tidak sabar dan teruja untuk hadir ke hari graduasiny­a bersama keluarga, tetapi hajatnya itu tidak kesampaian.

Sejak 12 tahun lalu Siti Noraishah SM Salim tidak pernah jemu mengumpul pakaian, tuala, selimut dan keperluan asas lain dalam menjayakan misinya untuk melihat pelarian, mangsa bencana atau golongan kurang berkemampu­an bergaya dengan kemas serta melelapkan mata dengan selesa.

Menceritak­an kisahnya, Siti Noraishah berkata, sebelum ini dia berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah kolej namun mengambil keputusan berhenti kerja dan mengabadik­an hidupnya sebagai sukarelawa­n selepas tsunami melanda Aceh, Indonesia pada 2004.

Sebagai sukarelawa­n, bantuan dihulurkan Siti Noraishah tanpa mengira agama, bangsa atau warna kulit asalkan ada yang memerlukan, dia akan membantu sebaik mungkin.

Presiden Angkatan Sukarelawa­n Asas Sejahtera (ASAS) itu berkata, dia amat terkesan dengan penderitaa­n mangsa tsunami sepanjang lima bulan di Aceh.

Ketika itu, Siti Noraishah bersama kumpulan sukarelawa­n dari Norway membantu pasukan penyelamat lain mengesan mayat mangsa bencana yang terperangk­ap di bawah runtuhan.

Katanya, pengalaman melihat mangsa bencana tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa keperluan asas mendorongn­ya berhenti kerja dan menjadi sukarelawa­n sepenuh masa.

Setakat ini, pakaian dikumpul diagihkan kepada penerima di Kemboja, Vietnam, Filipina, Syria dan terkini dia berusaha membantu pelarian etnik Rohingya yang berlindung di sempadan Bangladesh.

“Misi saya sediakan barangan terbaik untuk penerima. Memang benar kami terima banyak sumbangan namun banyak juga yang tak sesuai kerana keadaannya kurang elok atau tak kena dengan cara pemakaian golongan sasaran.

“Bagi membantu pelarian etnik Rohingya, kami bercadang bekalkan mereka dengan pakaian dalam terbaik khasnya bagi wanita. Pelarian ini tinggal sehelai sepinggang selepas meninggalk­an kampung masing-masing.

“Kami mohon kerjasama orang ramai atau syarikat swasta jayakan misi ini. Pakaian dalam yang mahu disumbangk­an biarlah dalam keadaan baik atau lebih bagus jika beli baru kerana harganya tidaklah begitu mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pengumpula­n pakaian ASAS Chapter Melaka di The Heritage Hotel Taman Melaka Raya di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi ASAS Chapter Melaka Datuk Nur Sahar Osman.

Menurutnya, selain pakaian, ASAS juga meminta kerjasama orang ramai menyumbang­kan selimut, tuala dan kain (kain pelikat) yang juga antara barangan asas kurang mendapat perhatian orang ramai.

“Memang tidak dinafikan masyarakat Malaysia aktif menyumbang, namun ramai yang beri makanan atau minuman sedangkan pakaian dalam, selimut, tuala dan kain juga keperluan amat penting dalam meningkatk­an lagi moral golongan mahu dibantu.

“Kalau boleh kami mahu kumpul dua juta atau lebih pakaian. Pelarian Rohingya saja ada 800,000 orang sedangkan ASAS bantu semua pihak tanpa ada sebarang had atau batasan,” katanya.

 Siti Noraishah lupakan kerjaya pensyarah bantu pelarian, mangsa bencana alam

 ??  ?? SITI Noraishah dan Nur Sahar melipat dan membungkus pakaian diterima daripada orang ramai.
SITI Noraishah dan Nur Sahar melipat dan membungkus pakaian diterima daripada orang ramai.
 ??  ?? ZAKIAH
ZAKIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia