Harian Metro

Chow Kit digempur

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 KPDNKK serbu empat premis niaga barangan tiruan MotoGP

Produk berjenama VR46, The Doctor, KTM dan Red Bull yang menjadi laris ketika kehangatan perlumbaan MotoGP di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), semalam, turut diciplak segelintir peniaga yang mengambil kesempatan atas situasi itu.

Ini terbukti apabila penguat kuasa Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyerbu empat premis di sebuah pusat beli-belah di Chow Kit, di sini, dan merampas pelbagai aksesori tiruan menggunaka­n jenama berkenaan, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof Wan Taib berkata, seramai 14 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi itu yang bermula jam 3.30 petang.

“Bagi melancarka­n pemeriksaa­n produk tiruan ketika operasi, dua wakil cap dagang turut bersama dalam serbuan ini.

“Selepas pemeriksaa­n dijalankan di empat premis, kami mendapati peniaga menjual pelbagai produk tiruan seperti beg, jam tangan dan topi menggunaka­n jenama KTM, Red Bull, VR46 dan The Doctor,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merampas lapan beg, 113 jam tangan dan 39 topi dengan jumlah keseluruha­n sebanyak 160 unit serta nilai sitaan dianggarka­n RM2,700.

“Pemilik dan pekerja premis diambil rakaman percakapan sebagai tindakan susulan manakala semua barangan yang disita dibuat pengecaman oleh wakil cap dagang.

“Peniaga ini tahu sekiranya mereka menjual barangan yang berkait dengan perlumbaan atau acara terbabit, jualan mereka akan lebih laris,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan dan jika sabit kesalahan, empat peniaga terbabit boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap unit barangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun manakala bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap unit barangan,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT Kuasa KPDNKK memeriksa barang tiruan di empat premis di Chow Kit. Gambar kecil, antara barangan yang dirampas.
PENGUAT Kuasa KPDNKK memeriksa barang tiruan di empat premis di Chow Kit. Gambar kecil, antara barangan yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia