Harian Metro

Kayuhan 60-an gamit nostalgia

 Pasangan suami isteri dari Johor Bahru teruja pakai seragam polis, jururawat bidan naik sepeda

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

Menggamit nostalgia. Begitu suasana unik yang dapat disaksikan orang ramai apabila lebih 200 peserta mengayuh basikal dengan berpakaian klasik mengelilin­gi sekitar bandar ini, semalam.

Program Kayuhan Klasik Santai Klang Bandar Diraja sempena Festival Warisan Seni Budaya anjuran Majlis Perbandara­n Klang (MPK) itu mencuri tumpuan penduduk setempat yang rata-ratanya kagum dan berasa seolah-olah berada pada era 60-an hingga 80-an.

Pasangan suami isteri, Abdul Hamid Husin, 54, dan Sarifah Kadaya, 52, antara yang menjadi perhatian dengan berpakaian seragam polis dan jururawat bidan.

Abdul Hamid berkata, mereka sanggup datang dari Johor Bahru semata-mata untuk menyertai program itu berikutan terlalu meminati acara kayuhan klasik.

“Pakaian seragam polis ini kepunyaan arwah bapa yang sentiasa dipakai oleh saya untuk program seumpama ini. Ia kenangan atas pengorbana­nnya yang membesarka­n saya selama ini.

“Saya sememangny­a minat dengan apa-apa saya perkara berkaitan klasik. Jika tidak berbasikal, saya akan menggayaka­n pakaian Melayu klasik lain,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada program itu.

Hadir sama, Setiausaha MPK Adi Faizal Ahmad Tarmizi yang merasmikan program itu.

Acara bermula jam 8 pagi itu membabitka­n kayuhan sejauh 23 kilometer dari Kompleks Sukan Pandamaran dan mengelilin­gi lokasi bersejarah sekitar bandar Klang.

Menurut Abdul Hamid, dia bertuah kerana isterinya turut mempunyai minat sama dan sentiasa bersama menyertai acara klasik seumpama itu.

“Selain Malaysia, kami beberapa kali mengayuh basikal dengan berpakaian klasik di sekitar Indonesia,” katanya.

 ??  ?? PESERTA basikal klasik yang menyertai Kayuhan Santai Klang Bandar Diraja.
PESERTA basikal klasik yang menyertai Kayuhan Santai Klang Bandar Diraja.
 ??  ?? ABDUL Hamid dan Sarifah sanggup datang dari Johor Bahru berkayuh di Klang, semalam.
ABDUL Hamid dan Sarifah sanggup datang dari Johor Bahru berkayuh di Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia