Harian Metro

Haluan bersatu kembali di usia emas

-

Selepas terpisah sejak 50 tahun lalu, bekas murid Sekolah Rendah

Kebangsaan (SRK) Port Swettenham, Pelabuhan Klang (tahun 1962-1967) kembali dihimpunka­n semula dalam satu acara khas, semalam.

Uniknya, majlis reunion itu julung kali diadakan selepas mereka yang terdiri daripada 20 individu berusia 62 tahun ditemui menerusi komunikasi di grup aplikasi WhatsApp sejak hujung tahun lalu.

Penggerak utama acara itu, Rozny Mohd Dahalan berkata, selepas tamat zaman persekolah­an tahun enam di sekolah berkenaan, rata-rata daripada mereka terputus hubungan dan membawa haluan masing-masing.

“Namun, pada Disember tahun lalu, saya ada menemui seorang daripada rakan sekelas dan terus terdetik untuk mencari habis 40 teman persekolah­an lain.

“Menerusi WhatsApp, kami berjaya mengesan hampir 20 daripada mereka saban hari dan membawa kepada penganjura­n reunion yang pertama ini,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel, di sini.

Menurutnya, walaupun secara santai, majlis itu mengeratka­n semula silaturahi­m dan mengubat kerinduan antara mereka yang kebanyakan­nya tidak ditemui sejak 1967.

Bagi bekas murid sekolah itu, Abd Majid Idris, dia sanggup datang dari Pekan, Pahang kerana mahu menemui semua rakannya sekali gus menggamit nostalgia zaman persekolah­an.

“Kenangan lama sememangny­a tidak boleh dilupakan termasuk ketika kami berkongsi makanan dan bermain permainan tradisiona­l.

“Bagi saya, persahabat­an itu perlu dibawa sehingga ke akhir hayat dan bukannya dalam tempoh singkat semata-mata,” kata pesara kerajaan yang mempunyai lima anak dan tiga cucu itu.

Sehubungan itu, beliau meminta bekas murid SRK Port Swettenham (tahun 1962-1967) itu supaya menghubung­inya di talian 010-9291410 atau 019-2277808 (Rozny).

 ??  ?? BEKAS pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Port Swettenham kelas 6A tahun 1967 mengadakan pertemuan di Hotel Concorde, Shah Alam, semalam.
BEKAS pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Port Swettenham kelas 6A tahun 1967 mengadakan pertemuan di Hotel Concorde, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia