Harian Metro

Galak mesra keluarga

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Keprihatin­an majikan berkaitan nilai kekeluarga­an terhadap kakitangan sangat penting apabila masalah sosial dalam kalangan keluarga bekerja semakin menular.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata, syarikat di negara ini digalakkan menjadi lebih mesra keluarga dengan mengadakan aktiviti seperti hari keluarga.

Katanya, perkara itu bukan saja membolehka­n syarikat dapat 100 peratus pengecuali­an cukai, tetapi dapat mengeratka­n hubungan serta mengukuhka­n institusi kekeluarga­an dalam kalangan kakitangan.

“Berdasarka­n Indikator Kesejahter­aan Keluarga 2016, indikator pembabitan ibu bapa adalah yang kedua tertinggi dengan skor 8.38, manakala, indikator masa berkualiti bersama keluarga adalah pada skor 7.76.

“Ini bermaksud, adalah penting ibu bapa mempunyai masa berkualiti bersama anak-anak dan majikan boleh memainkan peranan seperti mengadakan program kekeluarga­an.

“Perkara ini sebenarnya bagus bagi memastikan kakitangan mereka dapat mengimbang­i antara kerja dan keluarga. Di Korea Selatan, ada syarikat membenarka­n ahli keluarga datang pejabat pada Rabu bagi meluangkan masa dan makan bersama,” katanya ketika ditemui pada acara Kidzathon: Heroes In The City sempena prapelanca­ran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2017 (BKK1M 2017) di sini, semalam.

Kidzathon yang disertai kira-kira 2,500 peserta membabitka­n kanak-kanak dan ibu bapa, masing-masing termasuk 30 anak-anak autism dilepaskan Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yacob yang mewakili Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Pada acara anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi LPPKN dan Urban Health Sdn Bhd itu, setiap keluarga dikehendak­i menghabisk­an cabaran mengenai pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar, selain mendengar kisah superhero di setiap ‘check point’ yang disediakan sepanjang dua kilometer.

Sementara itu, seorang peserta, Sharifah Rohana Syed Ibrahim, 44, berkata, suaminya yang sangat aktif dengan aktiviti larian membawa mereka sekeluarga menyertai Kidzathon.

“Suami sangat aktif dan penyertaan ini adalah sebahagian daripada cara untuk

 Majikan disaran anjur program kukuh hubungan kekeluarga­an dalam kalangan staf

mengisi masa lapang, malah, ini kali pertama membawa dua anak bersama.

“Mereka (anak) sangat suka dan saya berpendapa­t aktiviti ini sangat sesuai untuk keluarga terutama pada hujung minggu. Saya akan ikut lagi acara seperti ini,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu ialah pelancaran buku yang ditulis oleh Ahmad Fakhri dan isterinya, Jamilah Samian sebagai buah tangan sempena BKK1M 2017.

Mariam Mas berkata, majlis pelancaran BKK1M 2017 akan diadakan pada 4 November ini di Taman Metropolit­an, Kepong dan dirasmikan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahap kebolehpas­aran graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sehingga 72 peratus membuktika­n institusi berkenaan kini berada pada landasan tepat dalam melahirkan graduan berkemahir­an tinggi untuk pasaran kerja tempatan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pencapaian itu sekali gus membuktika­n graduan Bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) mempunyai kebolehpas­aran yang cukup tinggi dalam industri.

“TVET bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya semakin mendapat pengiktira­fan masyarakat dunia kerana kepentinga­nnya terhadap pembanguna­n ekonomi negara.

“Mereka yang dilatih di KPTM mempunyai kepakaran yang bukan sedikit, disebabkan itu kebanyakan daripada mereka sudah ditawarkan bekerja sebelum majlis konvokesye­n lagi, malah ada yang sudah ditawarkan bekerja semasa mengikuti latihan industri.

“Ini satu kelainan dan kebanggaan. Apabila saya bertanya kepada mereka (graduan) ketika sesi penyerahan skrol pada majlis konvokesye­n ini kebanyakan­nya sudah bekerja atau mendapat tawaran kerja,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n KPTM kali ke-34 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Seramai 4,528 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil profesiona­l masing-masing pada Majlis Konvokesye­n KPTM kali ke-34 yang berlangsun­g semalam dan hari ini.

 ??  ?? SEORANG kanak-kanak berbusana adiwira pada sambutan BKK1M 2017 di Desa Park City, Kuala Lumpur.
SEORANG kanak-kanak berbusana adiwira pada sambutan BKK1M 2017 di Desa Park City, Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia