Harian Metro

DAUN JADI GAUN

- Agensi

 Rekaan pakaian unik pelajar universiti dapat pujian di Internet

Empat pelajar Universiti Hefei di timur China mengambil masa selama enam bulan dan menggunaka­n 6,000 helai daun untuk menghasilk­an gaun seperti direka pereka fesyen terkenal.

Gambar gaun berkenaan menjadi tular di media sosial di China dan menerima banyak pujian daripada orang ramai yang kagum dengan rekaan itu.

Kumpulan yang terdiri daripada dua pelajar lelaki dan wanita itu mencipta pakaian berkenaan untuk satu projek di universiti mereka.

Pelajar berkenaan mencipta baju itu selepas mendapat inspirasi daripada gaun yang dipakai aktres China, Fan BingBing di Festival Filem Cannes.

Pensyarah mereka memberitah­u, idea itu sukar untuk dilaksanak­an tetapi pelajar itu tetap bertekad untuk meneruskan­nya.

Mereka kemudian membuat kajian mengenai teknik terbaik untuk menjadikan daun sebagai fabrik dan membuat rekaan gaun mereka.

Selepas mengumpul beribu-ribu daun, pelajar itu merebus daun berkenaan dengan bahan kimia khas untuk menanggalk­an kulitnya.

Daun yang hanya tinggal urat itu kemudian dikeringka­n dan diwarnakan sebelum disusun mengikut bentuk gaun rekaan mereka.

Proses berkenaan memerlukan ketelitian dan sangat memakan masa.

Pelajar sains dan bioteknolo­gi itu juga hanya boleh menumpukan pada projek mereka itu selepas kelas dan ketika hujung minggu.

Bagaimanap­un, usaha pelajar berkenaan berbaloi apabila gaun rekaan mereka itu mendapat pujian pengguna media sosial.

Gambar seorang pelajar itu yang memakai gaun berkenaan menjadi tular di media sosial dengan pantas dan ramai tidak percaya baju itu dihasilkan hanya menggunaka­n daun.

 ??  ?? SEORANG pelajar Universiti Hefei di China memperagak­an gaun yang dicipta daripada daun. - Agensi
SEORANG pelajar Universiti Hefei di China memperagak­an gaun yang dicipta daripada daun. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia