Harian Metro

Mogadishu berdarah lagi

- Reuters

 29 maut dalam serangan pengganas terbaru di Somalia

Kejadian sebuah hotel yang ditawan sekumpulan militan hampir 12 jam berakhir semalam dengan mengakibat­kan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, kata polis.

Serangan bermula pada jam 5 petang (waktu tempatan) apabila sebuah kereta yang penuh dengan bahan letupan merempuh pagar Hotel Naso Hablod Two sebelum meletup.

Letupan kuat itu memusnahka­n bahagian depan hotel tiga tingkat dan sebuah hotel bersebelah­an.

Sekumpulan lelaki bersenjata kemudian menyerbu masuk ke dalam hotel itu.

Kejadian berlaku kira-kira dua minggu selepas dua serangan bom berkembar membunuh lebih 350 mangsa dan dianggap terburuk dalam sejarah.

Kumpulan militan al Shabaab mengaku bertanggun­gjawab melancarka­n serangan terbaru itu.

“Sehingga kini saya dapat sahkan 29 orang terbunuh termasuk 12 anggota polis.

“Bagaimanap­un, jumlah kematian mungkin meningkat kerana puluhan lagi mangsa cedera,” kata jurucakap polis, Abdullahi Nur.

Menurutnya, seorang wanita ditemui dipenggal, manakala tiga anaknya ditembak mati.

“Tiga penyerang berjaya ditangkap hidup-hidup dan dua lagi meletupkan diri selepas ditembak.

“Beberapa penyerang lagi mungkin menyamar dan melarikan diri bersama pelanggan hotel yang diselamatk­an,” jelasnya.

Serangan itu sekali lagi membuktika­n kumpulan militan mempunyai kemampuan melancarka­n serangan di ibu kota Somalia itu.

Kumpulan militan al Shabaab mahu menumbangk­an kerajaan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu dan menubuhkan sebuah negara Islam.

 ??  ?? SEORANG lelaki yang cedera dibantu orang ramai selepas serangan bom di Hotel Naso Hablod Two di Mogadishu kelmarin. - Reuters
SEORANG lelaki yang cedera dibantu orang ramai selepas serangan bom di Hotel Naso Hablod Two di Mogadishu kelmarin. - Reuters
 ??  ?? ORANG awam membantu mengusung seorang mangsa yang cedera selepas dikeluarka­n dari lokasi serangan. - Reuters
ORANG awam membantu mengusung seorang mangsa yang cedera selepas dikeluarka­n dari lokasi serangan. - Reuters
 ??  ?? ORANG ramai dan askar melihat bahagian hadapan Hotel Naso Hablod Two yang musnah akibat serangan bom kereta kelmarin. - EPA
ORANG ramai dan askar melihat bahagian hadapan Hotel Naso Hablod Two yang musnah akibat serangan bom kereta kelmarin. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia