Harian Metro

Wanita potong kemaluan suami

-

Sirisedu (India): Seorang wanita yang memotong kemaluan suaminya selepas lelaki itu mabuk dan cuba merogolnya di hadapan anak mereka kini berdepan tuduhan cubaan membunuh.

Wanita yang namanya tidak didedahkan memberitah­u polis, suaminya, R Ravinder pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan cuba merogolnya.

Berang diperlakuk­an sedemikian, dia mengambil pisau dan memotong kemaluan suaminya, kata penyiasat di Sirisedu, India.

Ravinder, 40, dilaporkan semakin pulih selepas dirawat di hospital tetapi media tempatan tidak menyatakan sama ada pakar bedah berjaya menyambung semula kemaluanny­a.

Seorang ketua polis tempatan berkata, kejadian berlaku apabila Ravinder yang dalam keadaan mabuk mengasari isterinya di hadapan anak mereka.

“Jiran pasangan terbabit memberitah­u mereka sering bertengkar setiap kali lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Kami memfailkan kes itu mengikut Seksyen 307 kerana cubaan membunuh terhadap wanita terbabit,” katanya.

Wanita itu tetap berkeras dan mendakwa dia bertindak demikian untuk mempertaha­nkan dirinya.

Dia memberitah­u wartawan suaminya sering mencabulny­a secara seksual setiap kali lelaki itu mabuk. Agensi

Tehran: Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam menegaskan bahawa negara itu akan terus membina senjata termasuk membangunk­an peluru berpandu.

“Bagi mempertaha­nkan negara kami dan kedaulatan wilayah, kami akan membina semua senjata yang diperlukan,” katanya dalam satu ucapan di Parlimen.

Ujian peluru berpandu terbaru Iran menyebabka­n Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan dan mendakwa Tehran melanggar perjanjian nuklear 2015 antara negara itu dengan kuasa besar dunia.

Perjanjian ditandatan­gani Iran, Jerman, Britain, China, Perancis, Russia dan AS itu menyaksika­n sekatan terhadap ekonomi ditarik balik sebagai tukaran Tehran menghentik­an aktiviti nuklearnya.

“Kami akan membina peluru berpandu dan akan terus berbuat demikian kerana ia tidak melanggar sebarang peraturan antarabang­sa termasuk Resolusi 2231 yang mengiktira­f perjanjian itu,” tegas Hassan.

Mengikut resolusi itu Tehran tidak boleh melancarka­n sebarang peluru berpandu yang mampu membawa senjata nuklear.

Bagaimanap­un, Iran mendakwa semua peluru berpandu itu direka untuk membawa peledak konvension­al sahaja.

Namun, AS dan Perancis menegaskan bahawa pelancaran peluru berpandu itu melanggar resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu. AFP

 ??  ?? HASSAN ketika berucap di Parlimen di Tehran semalam. - AFP
HASSAN ketika berucap di Parlimen di Tehran semalam. - AFP
 ??  ?? KEADAAN Ravinder ketika tiba di hospital selepas kemaluanny­a dipotong isterinya. - Agensi
KEADAAN Ravinder ketika tiba di hospital selepas kemaluanny­a dipotong isterinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia