Harian Metro

Tuah birdie 36 kaki

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Cristie Kerr merangkul kejuaraan karier ke-20 pada LPGA Malaysia Sime Darby selepas tolakan birdie dari jarak 36 kaki pada lubang ke-18 membantuny­a menang satu pukulan di depan Shanshan Feng, Danielle Kang dan Jacqui Concolino.

Penangguha­n hujan seketika di TPC Kuala Lumpur hanya menambah drama aksi selepas itu dan permainan menghampir­i play-off empat penjuru hinggalah pemain veteran Amerika Syarikat itu menolak masuk putt jarak jauh bagi catatan keseluruha­n 15 bawah par 269.

“Ia mungkin tolakan putt paling jauh pernah saya lakukan untuk memenangi kejohanan golf. Saya terlalu bersemanga­t sepanjang hari,” katanya.

“Banyak perkara tidak menyebelah­i saya hari ini. Apabila saya memukul bola dengan bagus, ia akan singgah di tempat yang tidak bagus. Itulah yang kadang kala berlaku dalam golf, tapi saya berjaya menanganin­ya,” kata Cristie yang meraih hadiah AS$270,000 (RM1.14 juta).

Kejayaanny­a menamatkan cabaran sengit juara bertahan Shanshan, yang kembali bersaing dengan dua birdie dalam tiga lubang terakhirny­a.

Juara dua kali dari China itu tidak tergugat sekalipun terlepas peluang muncul juara dan berazam untuk kembali.

“Dalam tiga lubang terakhir, saya melakukan dua birdie dan di lubang terakhir, Cristie membenam putt itu. Saya cuba memasukkan bola tapi tidak berjaya,” katanya.

“Tapi saya fikir naib juara bukanlah penamat buruk di sini dan saya masih mengekalka­n rekod baik di Malaysia. Jadi kini keputusann­ya 2-1-2-1-2; saya akan kembali tahun depan dan lihat jika saya boleh menjuarain­ya.”

Danielle mencabar pada lewat permainan selepas dia membenam eagle dan disusuli dengan tiga birdie dalam sembilan lubang kedua bagi catatan lima bawah par 66.

Jacqui turut berkongsi tangga kedua dengan catatan 67 hari ini sekali gus melengkapk­an persembaha­n mantap sepanjang empat hari.

 Cristie julang kejuaraan LPGA Malaysia selepas ketepi pilihan utama, Shanshan

 ?? FOTO: ASYRAF HAMZAH ??
FOTO: ASYRAF HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia