Harian Metro

Winnie pemain amatur terbaik

-

Kuala Lumpur: Bukan setakat tampil sebagai pemain terbaik Malaysia pada kejohanan golf LPGA Malaysia Sime Darby, malah Winnie Ng turut dinamakan sebagai pemain amatur terbaik pada kejohanan berkenaan.

Winnie, 16, menamatkan kempennya di tangga ke-64 selepas mengumpul sembilan atas par 293 dengan pencabar terdekat dalam kalangan pemain tempatan berakhir empat pukulan di belakangny­a di tangga ke-67.

Bekas juara Siri Faldo Asia itu mengakhiri pusinganny­a dengan lima atas par 76 termasuk satu birdie, enam bogey dan satu bogey berganda.

“Saya tak sangka juga boleh mengumpul sembilan atas par sekalipun saya sedar boleh bermain lebih baik lagi,” kata Winnie, juara Terbuka Amatur Kelantan 2015.

Kejohanan itu yang ditangguh hampir sejam kerana ancaman petir, menjejaska­n sedikit rentak Winnie apabila dia melakukan bogey berganda pada lubang ke-18.

“Bagi pukulan pertama, sarung tangan saya agak basah jadi driver saya terlucut sedikit dan pukulan tersasar, saya fikir ia OK tapi bagi pukulan kedua saya sudah terasa lain,” kata Winnie.

Sementara itu, pemenang kelayakan kebangsaan, Natasha Andrea Oon menamatkan kempen di tangga

(gambar)

ke-67 selepas mengumpul 13 atas par 267.

Pemain berusia 16 tahun itu berjaya membenam tiga birdie berturut-turut dalam sembilan lubang pertama namun ia sudah terlewat dan dia kecewa gagal menepati sasarannya.

“Kadang kala saya terlalu mencuba dan lupa untuk berseronok di luar sana. Itulah yang saya pelajari minggu ini,” kata Natasha.

Selepas Winnie dan Natasha, Michelle Koh berakhir di tangga ke-68 (299), Kelly Tan dan Aretha Pan berkongsi tangga ke-70 (301), pemenang pingat gangsa Sukan SEA, Nur Durriyah Damian di tangga ke-73 (304), Liyana Durisic berkongsi tangga ke-74 (308) manakala Zulaikah Nurziana Nasser di tangga terakhir (322).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia