Harian Metro

Tang Jie-Liu Ying mula bentuk persefaham­an mantap

- Ferzalfie Fauzi erzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gandingan pemain senior dan remaja, Chen Tang Jie-Goh Liu Ying dijangka tidak berdepan masalah untuk menyinar di kejohanan antarabang­sa apabila kedua-duanya mula membentuk persefaham­an mantap walaupun tidak sampai sebulan berlatih bersama.

Menurut Liu Ying, Tang Jie yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2016 di Bilbao, Sepanyol adalah seorang pemain yang sentiasa bekerja keras dan sering bertanyaka­n soalan jika ada perkara kurang difahami ketika berlatih.

“Dia (Tang Jie) sebelum ini tidak pernah mendapat latihan profesiona­l seperti di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bermula dari kosong,” kata Liu Ying selepas majlis menandatan­gani kontrak selaku duta Mobile 2Go semalam.

Ditanya mengenai kejuaraan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berkata, dia berharap mendapat keputusan yang bagus namun perlu mengharung­i perlawanan satu demi satu terlebih dulu.

“Sekarang kami masih belum tahu tahap kemampuan sebenar kami. Ia sangat berbeza antara latihan dan menyertai kejohanan. Lagi pun saya baru pulih dari kecederaan dan tumpuan hanya kepada kejohanan kecil seperti Cabaran Antarabang­sa (IC), Grand Prix (GP) Emas sebelum perlahan-lahan ke Siri Super.

“Saya juga tidak mahu tergesa-gesa seperti tahun lalu ketika mempersiap­kan diri untuk Olimpik,” katanya yang akan beraksi di Siri Antarabang­sa India (23 hingga 26 November) dan IC India (29 November hingga 3 Disember) selepas ini.

Liu Ying menandatan­gani kontrak bersama Mobile 2Go selaku duta selama setahun dengan nilai yang dianggarka­n mencecah enam angka.

“Apa yang boleh saya beritahu nilai kontrak ini dalam lingkungan enam angka. Kami memilih Liu Ying sebagai duta kerana dia mempunyai motivasi dan semangat tinggi. Dia juga menunjukka­n imej positif sekali gus mampu memberikan semangat kepada kakitangan syarikat kami.

“Walaupun dia pernah cedera teruk tapi kembali berusaha untuk memberikan aksi terbaik. Sama juga seperti syarikat saya, di mana saya mahu tekankan walaupun kami pernah berdepan kegagalan dalam apa-apa acara tapi perlu bangkit semula seperti Liu

Ying,” kata

Pengarah

Mobile 2Go,

Chan Chee

Fai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia