Harian Metro

Ecclestone bikin panas

- Reuters

Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff secara berjenaka mengucapka­n selamat hari lahir ke-92 buat bekas supremo Formula satu (F1), Bernie Ecclestone semalam warga Britain itu sebenarnya berusia 87 tahun – dan berterusan memiliki kemampuan untuk mencipta semua kontrovers­i.

“Beliau adalah individu tunggal yang mampu berada di hujung dunia dan membaling bom tangan yang mampu sampai ke paddock,” kata Wolff.

“Dan saya menyukainy­a.”

Ecclestone disingkirk­an apabila pemilik baru sukan itu, Liberty Media mengambil alih pada Januari dan kini memegang jawatan selaku pengerusi emeritus, tidak berada di Mexico dalam apa yang disifatkan sebagai perlumbaan penentu.

Bagaimanap­un, beliau mencetus kontrovers­i dari jauh dengan komen di akhbar Itali, La Repubblica mengatakan Ferrari sebelum ini sentiasa diberikan kelebihan dan membantu pasukan Itali itu ialah ‘perkara paling bijak untuk dilakukan.’

“Pasukan adalah penting kepada F1, tetapi Ferrari lebih dari itu. Jadi banyak perkara dilakukan sejak bertahun lalu yang membantu Ferrari untuk menang,” kata Ecclestone.

Beliau juga mengatakan bahawa Mercedes membantu Ferrari menjadi lebih kompetitif sambil memastikan Red Bull tidak memiliki enjin yang lebih berkuasa.

Wolff mentertawa­kan dakwaan itu.

 Wolff berang komen sinis bekas supremo F1 dalam akhbar La Republica mengenai Ferrari

“Cerita ini memang menakjubka­n dan saya sedikit merinduiny­a,” katanya.

“Saya merindui bom tangan dan mesyuarat tergempar serta situasi krisis, peraturan dan pemisahan.”

Prinsipal Red Bull, Christian Horner berkata, komen Ecclestone adalah klasik dan menyatakan dengan jelas adanya ‘hubungan rapat’ antara Ferrari dan Mercedes yang digambarka­n menerusi pertemuan mereka.

“Seseorang tidak akan membuat keputusan sehingga satu pihak membuat perjanjian pada hari ini,” katanya selepas pasukan itu gagal mendapatka­n enjin gara-gara pertelingk­ahan dengan Renault pada 2015.

 ?? Toto Wolff ?? Beliau adalah individu tunggal yang mampu berada di hujung dunia dan membaling bom tangan yang mampu sampai ke paddock”
Toto Wolff Beliau adalah individu tunggal yang mampu berada di hujung dunia dan membaling bom tangan yang mampu sampai ke paddock”
 ??  ?? ECCLESTONE
ECCLESTONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia