Harian Metro

‘Saya tak pernah cuba pancing Dier’

-

Manchester: Jose Mourinho berkata, persahabat­annya dengan Mauricio Pochettino tidak terjejas walaupun di dalam buku pengendali Tottenham itu, beliau mendakwa berang dengan rakan sejawat di Manchester United yang cuba memancing pemain tengahnya, Eric Dier.

Dalam buku ‘Brave New World’ Pochettino menuduh Mourinho mendekati Dier dalam terowong ke bilik persalinan selepas United menewaskan Spurs di Old Trafford, Disember tahun lalu.

Beberapa bulan sebelum itu, Mourinho dilaporkan cuba mendapatka­n pemain England berkenaan dan menurut buku itu lagi, Pochettino terpaksa memujuk Dier supaya tidak meninggalk­an kelab.

Namun, dalam sidang media sebelum perlawanan antara kedua-dua pasukan malam tadi, Mourinho berkata, beliau tidak mengambil serius dakwaan berkenaan dan menegaskan hubunganny­a dengan pengendali dari Argentina itu kekal erat.

“Saya tidak pasti sama ada ia kata-kata Mauricio atau penulis upahan, saya tidak tahu,” kata Mourinho.

“Apa yang saya tahu, setiap musim, ketika musim panas, sebelum setiap musim beliau akan menghubung­i saya dan saya akan menghubung­i Mauricio. Kami bertanya tentang pemain masing-masing untuk melihat sama ada mereka boleh dibeli atau tidak.

“Saya tidak tahu mengapa saya perlu bercakap dengan Dier ketika hari perlawanan dan di dalam terowong, mungkin itu cara untuk menjual buku. Mungkin penulis upahannya mahu buat duit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia