Harian Metro

Kolasinac, Ramsey selamat maruah Arsenal

-

London: Arsenal bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Swansea City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika jaringan babak kedua Sead Kolasinac dan Aaron Ramsey membantu pasukan mengatasi pelawat yang tempang akibat kecederaan.

Pelawat yang beraksi tanpa penyerang utama yang cedera Wilfried Bony, pemain tengah Renato Sanches dan pertahanan Martin Olsson, mendahului pada minit ke-22.

Sam Clucas berlari untuk menerima hantaran Tammy Abraham dan meledak jaringan mengatasi penjaga gol Arsenal, Petr Cech.

Pertahanan kiri Arsenal dari Bosnia, Kolasinac menyamakan kedudukan pada minit ke-51 dan mengumpan buat Ramsey seterusnya meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-58 dengan jaringan ketiganya musim ini.

Pengurus Arsenal, Wenger memuji Kolasinac yang menyertai kelab itu menerusi perpindaha­n percuma dari kelab Jerman, Schalke tahun ini kerana membantu pasukan itu kembali menguasai permainan.

“Kolasinac bermain dengan amat baik hari ini,” katanya kepada wartawan. “Sejak kehadirann­ya dia meyakinkan sesiapa saja yang dia adalah pemain bagus, dan secara keseluruha­n apabila anda melihat kualiti persembaha­nnya sekali lagi hari ini, anda lihat masih ada sesuatu yang bagus boleh dilakukan.”

Kolasinac dikeluarka­n berikutan sedikit kecederaan pinggul pada minit ke-78, namun Wenger berharap dia boleh bersama pasukan bagi berdepan pendahulu liga Manchester City.

“Kami harap dia cergas untuk Ahad depan. Dia sudah mengalamin­ya sebelum ini, dan kami mahu dia sentiasa boleh bermain,” kata Wenger.

Jurulatih Swansea, Paul Clement tetap mengambil positif perlawanan itu dan memuji permainan kreatif Abraham untuk gol pembukaan.

“Kami sentiasa memberikan tentangan sehingga penghujung permainan. Apabila anda memiliki seseorang seperti dia (Abraham) anda percaya boleh mendapat satu lagi peluang,” katanya. - Reuters

 ??  ?? RAMSEY (kanan) dan Kolasinac bantu Arsenal bangkit benam Swansea.
RAMSEY (kanan) dan Kolasinac bantu Arsenal bangkit benam Swansea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia