Harian Metro

Barca terus gah di puncak

- AFP

Barcelona merakam permulaan terbaik La Liga dengan pengendali­nya Ernesto Valverde menikmati kepulangan membanggak­an ke Athletic Bilbao dalam kemenangan 2-0 hasil jaringan Lionel Messi dan Paulinho, semalam.

Valverde kini mencatat 12 kemenangan dan satu seri dalam 13 perlawanan La Liga dan Liga Juara-Juara pertamanya untuk meletakkan Barca di puncak liga dengan kelebihan empat mata ke atas Valencia yang menewaskan Alaves 2-1 sebelum itu.

Gergasi Catalan itu turut melebarkan jurang kepada lapan mata ke atas Real Madrid yang bertandang ke Catalunya berdepan Girona.

Valverde meninggalk­an Bilbao musim panas lalu dan impak pengendali itu cukup besar buat Bilbao dan juga Barcelona - di mana bekas kelabnya hanya menang satu daripada 12 perlawanan terakhir mereka.

“Athletic memberi tekanan kepada kami di babak kedua dan menjadikan keadaan sukar buat kami,” kata Valverde.

“Kami kerap hilang bola, dan tanpa peluang-peluang yang bagus, Athletic begitu berbisa apabila mendapat bola.”

Tuan rumah bermula baik dan hampir membuka jaringan menerusi Aritz Aduriz pada minit ke-19, tetapi penjaga gol Barca Marc-Andre ter Stegen bertindak cemerlang menyelamat­kan gawang.

Lapan minit sebelum rehat, Messi bermain satu dua dengan Paulinho dan Jordi Alba sebelum membuka jaringan untuk Barca.

Kebangkita­n Bilbao selepas rehat menyaksika­n Barca gagal bermain seperti biasa, namun di akhir masa kecederaan

 Messi, Paulinho robek Bilbao

Paulinho menambah jaringan selepas memanfaatk­an bola ditepis Kepa Arrizabala­ga.

 ??  ?? PEMAIN Valencia Goncalo Guedes (kanan) terjatuh selepas diasak pemain Alaves Manuel Alejandro di Stadium Mendizorro­za.
PEMAIN Valencia Goncalo Guedes (kanan) terjatuh selepas diasak pemain Alaves Manuel Alejandro di Stadium Mendizorro­za.
 ??  ?? PAULINHO (kiri) dipeluk Messi selepas menjaringk­an gol kedua Barcelona di Stadium San Mames, Bilbao.
PAULINHO (kiri) dipeluk Messi selepas menjaringk­an gol kedua Barcelona di Stadium San Mames, Bilbao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia