Harian Metro

Mahu rakan sepasukan dalam mod ‘berjaga-jaga’

- Syafiq Aznan dan Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim mahu rakan sepasukann­ya supaya sentiasa berada dalam mod ‘berjaga-jaga’ menjelang aksi final Piala Malaysia yang akan berlangsun­g di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Jelas penjaga gol skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu, dia tidak rela andai ada rakan sepasukann­ya yang mengalami kecederaan ketika menjalani latihan sekali gus terpaksa diketepika­n pada aksi penentuan yang juga menjadi misi skuad Helang Merah mempertaha­nkan piala berprestij itu di bumi Kedah.

“Aksi final ini adalah aksi penutup musim jadi saya mengharapk­an semua pemain dapat bersama sama pasukan kerana kita turun dengan hasrat mengekalka­n piala yang dimenangi pada musim lalu.

“Jadi, saya mahu semua pemain mengekalka­n fokus dan dapat berjaga-jaga supaya tidak ada yang cedera sehingga tidak dapat beraksi. Kita mahu beraksi dengan skuad yang lengkap dalam usaha memberi cabaran yang sengit kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) nanti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kecemerlan­gan penjaga gol berusia 21 tahun itu sudah pasti ditagih pengendali­nya, Nidzam Adzha Yusoff pada aksi final nanti apatah lagi kini dia sudah bertambah matang selepas beraksi dalam tiga perlawanan akhir bersama pasukan itu.

Selepas tiga kali beraksi di pentas final yang berlangsun­g di Stadium Shah Alam, dia mengaku sudah selesa dengan venue yang dianggap sebagai ‘rumah kedua’ bagi perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

“Ini adalah final Piala Malaysia yang kedua dalam karier saya dan berbekalka­n pengalaman pada musim lalu dan juga saingan liga serta pengalaman antarabang­sa, ia banyak membantu saya memperkema­s kemahiran sebagai penjaga gol.

“Jadi, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan sebarang kemungkina­n pada pentas akhir nanti dan dengan sokongan rakan sepasukan serta penyokong, saya optimis kita mampu muncul juara sekali lagi,” katanya.

 ??  ?? AKSI Ifwat menepis bola ketika mewakili Malaysia pada Sukan SEA lalu.
AKSI Ifwat menepis bola ketika mewakili Malaysia pada Sukan SEA lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia