Harian Metro

Gesa pengurusan T-Team bijak tangani isu penghijrah­an pemain

- Azmil Sulaiman sukanteam@nstp.com.my

Kuching: Pengendali T-Team FC, Rahmad Darmawan menggesa pengurusan pasukan supaya bertindak bijak dalam menangani isu penghijrah­an pemain.

Mengakui perkara itu, pemain utama skuad The Titans katanya sering ‘dipancing’ pasukan lain sebaik tamat musim Liga Malaysia.

“Tidak dinafikan situasi ini kita hadapi setiap musim sama ada pemain menerima tawaran tinggi dari pasukan lain atau tamat kontrak.

“Kita tidak mahu terus hilang pemain berkualiti, oleh itu pihak pengurusan perlu bijak dalam menangani perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas aksi Liga Super bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Rahmad berkata, serangan bertali arus Sarawak pada minit terakhir nyata mencemaska­n benteng T-Team ketika terikat tanpa jaringan pada aksi penutup Liga Super 2017 itu.

Rahmad menyifatka­n babak kedua dikuasai tuan rumah yang memerlukan mata penuh dalam perlawanan itu.

“Mereka (Sarawak) mahu tiga mata dalam perlawanan ini, jika kita silap, kita akan habis. Kalau kita lihat pada minit terakhir perlawanan, satu minit rasanya macam satu bulan,” katanya.

Beraksi tanpa beberapa tonggak utama, Rahmad lega skuad bimbingann­ya mampu mengekalka­n rentak sepanjang saingan berlangsun­g.

Apa yang penting katanya, pemain fokus dalam aksi berkenaan selain tidak memikirkan keputusan antara Kelantan dan Melaka United.

Meskipun sekadar mencatat keputusan seri, Rahmad tetap berpuas hati dengan persembaha­n barisan pemain.

 ?? Rahmad Darmawan ?? Kita tidak mahu terus hilang pemain berkualiti, oleh itu pihak pengurusan perlu bijak dalam menangani perkara ini”
Rahmad Darmawan Kita tidak mahu terus hilang pemain berkualiti, oleh itu pihak pengurusan perlu bijak dalam menangani perkara ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia