Harian Metro

Lebih mantap musim depan

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

 Gabungan muka baru, berpengala­man mampu teruskan kecemerlan­gan skuad Tok Gajah

Pembantu jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi berharap pemain yang menyarung jersi pasukan musim ini dikekalkan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Shaharuddi­n berkata, pencapaian semua pemain yang digandingk­an pada musim ini sangat memuaskan dan lebih baik jika dibandingk­an dengan rekod 2016.

Katanya, kejayaan muncul naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia memberi petanda bahawa Pahang boleh tampil lebih cemerlang musim depan.

“Bagi saya, prestasi musim ini membuktika­n bahawa Pahang sudah kembali bangkit dan mampu mencabar pasukan lain... ini adalah hasil gandingan pemain baru dan juga berpengala­man.

“Oleh itu, saya harap mereka (pemain) dapat kekal kerana sebahagian besar pemain baru digandingk­an musim ini mampu tampil lebih mantap jika dikekalkan.

“Bagaimanap­un, terpulang kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menentukan sama ada pemain yang disenaraik­an musim ini kekal atau kontrak mereka tidak dilanjutka­n,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan seri 1-1 dengan Perak malam kelmarin, Shaharuddi­n mengaku pemainnya gagal mengekalka­n rentak cemerlang seperti dipersemba­hkan pada aksi separuh masa pertama. Katanya, kesempatan itu diambil Perak yang berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua.

“Saya akui kita bermain dengan baik sehingga penghujung separuh masa pertama tapi dihukum oleh Perak apabila mereka mengawal permainan dalam baki 45 minit,” katanya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER ?? PEMAIN Pahang, Sumareh Mohamadou (kiri) diasak dua pemain Perak di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER PEMAIN Pahang, Sumareh Mohamadou (kiri) diasak dua pemain Perak di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia