Harian Metro

Piya lega TRW kekal Liga Super

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Kapten Kelantan, Badhri Radzi bangga dengan semangat juang rakan sepasukan yang membantu The Red Warriors (TRW) kekal dalam saingan Liga Super 2018 selepas mengatasi Melaka United 3-1 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, kelmarin.

Baginya, kemenangan itu adalah hadiah buat presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan yang mahu skuad terbabit kekal di liga utama negara walaupun terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir liga.

Katanya, lebih manis, kemenangan itu berlaku di gelanggang lawan dan hanya mengesahka­n kedudukan di Liga Super selepas 10 minit terakhir berikutan hanya terikat 1-1 pada sebahagian besar perlawanan.

“Sepanjang 90 minit perlawanan kami mengharung­i dengan penuh debaran dan kesukaran namun usaha, kesungguha­n dan kegigihan untuk memburu jaringan kemenangan berjaya direalisas­ikan berikutan kekalahan atau seri meletakkan kami terjerumus ke Liga Perdana,” kata pemain yang mesra dengan panggilan Piya itu.

“Saya bangga dengan semangat rakan sepasukan serta sokongan pengurusan dan peminat yang sentiasa berada di belakang kami ketika Kelantan berada dalam kesukaran,” katanya.

Kebangkita­n dramatik Kelantan bermula menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-74 hasil tandukan Abou Bakar Al Mel diikuti gol kedua (m-81) dan ketiga (m-87) hasil sentuhan pemain gantian Allesandro Celin.

Keresahan penyokong TRW dilihat memuncak selepas setiap percubaan pemain tidak menepati sasaran sepanjang 45 minit pertama apatah lagi ketika ketinggala­n 0-1 menerusi tandukan Nicholas Swirad pada minit ke-30.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh berkata, beliau bangga apabila pemainnya berjuang habis-habisan untuk menang sekali gus mengekalka­n cabaran mereka di Liga Super.

Menurutnya, beliau juga membuat keputusan tepat dengan membawa masuk Celin pada penghujung babak kedua walaupun menyedari kecederaan pemain itu masih belum pulih sepenuhnya.

Kemasukan import Brazil itu jelas memberi suntikan bertenaga di barisan depan untuk menyumbang dua jaringan bagi mengesahka­n tempat di Liga Super 2018.

 ??  ?? BADHRI (dua dari kiri) dan rakan sepasukan berpelukan selepas tamat perlawanan menentang Melaka.
BADHRI (dua dari kiri) dan rakan sepasukan berpelukan selepas tamat perlawanan menentang Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia