Harian Metro

Mujur lawat anak

 Kediaman 2 tingkat terbakar ketika penghuni tiada di rumah

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

“Mujurlah tiada sesiapa di rumah, kebetulan kami sekeluarga ke sekolah bertemu anak sulung yang menginap di asrama.

“Saya reda rumah musnah akibat kebakaran ini, namun apa yang penting keluarga saya selamat,” kata Jamari Amin, 47.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, rumah dua tingkat dihuni Jamari di Jalan Halia, Lutong di sini, musnah 60 peratus dalam kebakaran.

Ketika kejadian, Jamari bersama isteri Hamiza Mamad, 39, dan lima anaknya berusia tujuh bulan hingga 12 tahun berjumpa dengan anak lelaki mereka di asrama sebuah sekolah di bandar raya ini.

Jamari yang juga jurutera di sebuah syarikat minyak berkata, dia bergegas pulang ke rumah selepas menerima panggilan daripada jirannya berhubung kejadian itu “Saya bersama keluarga menyewa di rumah itu sejak enam bulan lalu. Tiada barang berharga diselamatk­an, kerugian dianggarka­n RM40,000.

“Tidak mengapalah, asalkan kebakaran itu tidak membabitka­n kemalangan jiwa. Saya tidak pasti mengapa kebakaran itu boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.47 tengah hari berhubung kejadian itu .

Katanya, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan ke lokasi memadam kebakaran.

“Kebakaran dikawal dipadam pada jam 1.39 petang.

“Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Lutong, semalam.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Lutong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia