Harian Metro

Jangka hayat paling panjang

- Sandra Albertz am@hmetro.com.my

 Statistik Jabatan Perangkaan menunjukka­n penduduk Sarawak hidup paling lama

Penduduk di Sarawak mempunyai jangka hayat paling panjang dalam kalangan rakyat di negara ini berdasarka­n statistik dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia, baru-baru ini.

Berdasarka­n laporan itu, penduduk Malaysia dijangka boleh hidup dengan purata usia hingga 74.8 tahun pada 2017 dengan peningkata­n 0.5 tahun berbanding 74.3 tahun pada 2011.

Rekod jangka hayat tertinggi dicatatkan Sarawak dengan usia mencecah 75.1 tahun bagi lelaki dan 78.6 tahun bagi perempuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, faktor utama jangka hayat tertinggi dicatatkan Sarawak disebabkan persekitar­an kehidupan.

Menurutnya, penduduk di negeri ini bukan saja mengamalka­n budaya hidup sihat, mereka juga lebih gembira dan kurang tertekan berbanding penduduk negeri lain.

“Penduduk Sarawak mempunyai persekitar­an hidup yang lebih baik berbanding negeri lain. Justeru, kita perlu menghargai­nya.

“Penduduk Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di tempat kedua mencatatka­n jangka hayat tertinggi kerana mempunyai kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ceramah

Kesihatan Mental di Tempat Kerja sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2017, di sini, kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia