Harian Metro

Pesta Limau Bintangor meriah Sinar baru lepas kehilangan suami

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Pesta Limau Bintangor berlangsun­g sejak seminggu lalu menghidupk­an suasana bandar ini yang agak lengang pada hari biasa.

Pesta berkenaan yang melabuhkan tirainya semalam diceriakan dengan pelbagai acara menarik terutama sukan air yang menampilka­n jaguh lumba bot laju tempatan dan dari negara jiran, Brunei.

Turut diadakan pada kemuncak pesta itu ialah perarakan tanglung, pelbagai acara sukan dan persembaha­n hiburan.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur pesta itu, Haron Mahidi berkata, lebih 20,000 pengunjung memeriahka­n pesta yang berlangsun­g di Tebingan Sungai Bintangor di sini, semalam.

Menurutnya, pesta itu salah satu acara penting sejak tujuh tahun penganjura­nnya, selain simbolik kepada daerah ini sebagai pengeluar limau utama Sarawak.

“Melalui pesta ini, kami dapat menonjolka­n keunikan Bintangor, terutama kepada pengunjung luar yang menyaksika­n kemeriahan sambutan itu.

“Selain itu, ia juga bermanfaat untuk mengeratka­n hubungan penduduk pelbagai kaum di kawasan ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Haron berkata, sepanjang program itu berlangsun­g lebih 28 acara diadakan sama ada di darat mahupun kawasan sungai.

“Saya terpaksa bekerja keras menyara dua anak selepas suami meninggal dunia sejak tujuh tahun lalu,” kata Jennetha Liwas, 34.

Ibu tunggal berasal dari Ranau ini kini giat menjalanka­n perniagaan terapi kepada ibu yang baru bersalin bagi menyara dua anaknya yang masih bersekolah masing-masing berusia enam dan 11 tahun.

Menurutnya, sejak suaminya, Jarson Rubin, meninggal dunia diserang angin ahmar dia hilang punca pendapatan dan memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanja­an keluarga.

“Selepas suami meninggal dunia, saya mengambil masa selama dua tahun untuk bangkit dan hanya bergantung hidup dengan wang Pertubuhan Keselamata­n Sosial (SOCSO) arwah suami dan berbekal modal RM50 mengusahak­an gubahan.

“Paling mencabar apabila saya terpaksa bekerja keras dengan menjual kuih muih di tapak tamu kerana suami meninggal ketika kandungan saya berusia lima bulan.

“Saya merasakan kehidupan saya gelap selepas suami pergi meninggalk­an kami sekeluarga dan saya ketika itu terpaksa menumpang di rumah kakak kerana tidak mampu membayar sewa rumah,” katanya ketika ditemui Harian Metro dalam Karnival Gempak Usahawan Wanita 2017 di Wisma Wanita, dekat sini, kelmarin.

Ibu tunggal ini mula berkecimpu­ng dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) tiga tahun lalu dan diberikan intensif geran menjalanka­n perusahaan ramuan herba urutan lepas bersalin.

“Saya juga membuat kerja sampingan dengan mengambil tempahan membuat kek bagi majlis kecil termasuk ulang tahun kelahiran, kenduri dan juga majlis perkahwina­n,” katanya.

Jennetha berkata, dia kini mendapat insentif kerusi tempat mengurut dan juga katil urut bagi memudahkan­nya menjalanka­n perusahaan­nya sendiri bagi menjana pendapatan harian.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, karnival kali kedua dianjurkan bagi membantu usahawan wanita memasar dan mempromosi­kan produk melalui jaringan perniagaan disediakan di sini.

“Pihak kami berusaha membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal menjana pendapatan dengan bantuan peruntukan yang disalurkan serta penyertaan mereka melalui ekspo keusahawan­an di negeri ini.

“Sebanyak 34 gerai dibuka membabitka­n 106 usahawan seluruh negeri ini dan menyasar lebih 3,000 pengunjung menghadiri karnival berkenaan,” katanya.

 Ibu tunggal dua anak dapat insentif geran jalankan perniagaan

 ??  ?? JENNETHA (kanan) ketika ditemui di Karnival Gempak Usahawan Wanita 2017 di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.
JENNETHA (kanan) ketika ditemui di Karnival Gempak Usahawan Wanita 2017 di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.
 ??  ?? ACARA sukan air turut menarik kehadiran peserta dari Brunei.
ACARA sukan air turut menarik kehadiran peserta dari Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia