Harian Metro

REZEKI KAKI PENDEK

 Ruhana berdikari, bijak cari rezeki sara hidup ibu bapa dan 9 beradik

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Walaupun berjalan secara membongkok sambil memegang lutut, namun wanita orang kurang upaya (OKU) ini sangat cekal selain sentiasa berdikari mencari rezeki untuk menyara hidupnya.

Ruhana Idris, 53, me- ngambil tempahan menjahit pakaian seperti baju kurung, jubah dan kebaya malah kemahiran itu dimanfaatk­annya sejak berusia 25 tahun.

Dia yang tinggal Kampung Binjai Manis, Bunut Susu berkata, membesar menjadi OKU menjadikan­nya perlu tabah dan bijak mencari peluang untuk tidak bergantung kepada orang lain.

Katanya, dia mula menghidap masalah terbabit apabila diserang demam panas ketika berusia setahun, sekali gus membantutk­an perkembang­an kaki.

Disebabkan itu, anak sulung daripada 10 beradik itu terpaksa berjalan secara membongkok dan memegang lutut untuk memudahkan pergerakan selain aktiviti seharian.

“Ada kalanya, untuk berjalan jauh, saya menggunaka­n tongkat kerana tidak mampu mengimbang­i badan dalam tempoh yang lama dan mudah sakit belakang.

“Namun, walau ditakdirka­n menjadi insan OKU, saya tidak mahu menyusahka­n orang lain dan mencari wang sendiri untuk meneruskan kehidupan.

“Alhamdulil­lah, Allah SWT kurniakan kemahiran menjahit ketika saya berusia 25 tahun dan dengan pekerjaan itu saya dapat mencari pendapatan sendiri,” katanya.

Menurutnya, dalam sehari, dia mampu menyiapkan tiga pasang baju wanita yang ditempah pelanggan dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat dengan upah serendah RM35 sepasang.

Ruhana berkata, dia menggunaka­n wang berkenaan untuk membantu bapanya, Idris Jusoh, 78, dan ibu, Kamariah Mat Yusoff, 66, selain menyara sembilan adik-adiknya ketika mereka masih bersekolah.

Kini, katanya, semua adiknya sudah bekerja dan mempunyai kehidupan masing-masing.

“Ayah menghidap kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang, jadi tidak mampu bekerja sejak 25 tahun yang lalu.

“Dengan wang itu, saya dapat meringanka­n beban ibu bapa untuk menyara sembilan adik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RUHANA mengalami kaki mengecil di bahagian kiri berjalan secara membongkok sambil memegang lutut.
RUHANA menjahit pakaian pelanggan untuk menyara hidup.
RUHANA mengalami kaki mengecil di bahagian kiri berjalan secara membongkok sambil memegang lutut. RUHANA menjahit pakaian pelanggan untuk menyara hidup.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia