Harian Metro

SEBULAN PELURU DALAM BADAN

-

 Remaja terima rawatan buang serpihan di lengan kanan selepas ditembak askar rejim Myanmar

Dia membawa bersama serpihan peluru yang tertanam di lengan kanannya menyusur hutan untuk tiba di Bangladesh.

Malah, sejak tiba di kem penempatan baru di Tankhali ini lebih sebulan lalu, Umar Khalid, 14, tidak pernah menerima apa jua rawatan biarpun dia cedera ditembak tentera Myanmar di rumahnya di Maungdaw penghujung Ogos lalu.

Namun, semalam, dia bernasib baik apabila serpihan itu dikeluarka­n doktor di klinik bergerak yang dikendalik­an Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care).

Dalam pembedahan diketuai Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru, Unit Kardiotora­sik Pusat Jantung dan Paru-Paru Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Dr Muhammad Ishamuddin Ismail itu, besi di lengan Umar berjaya dikeluarka­n dalam proses yang mengambil masa 20 minit.

Menceritak­an apa yang

Saya bersama ibu dan ayah sempat bersembuny­i di kawasan belakang rumah sebelum menyertai penduduk kampung yang lain lari ke Bangladesh”

Umar

berlaku, Umar berkata, ketika keluargany­a diserang tentera, dia bernasib baik kerana tembakan yang dilepaskan tidak tepat namun serpihan peluru mengakibat­kan lengan, belakang telinga kiri dan belakang badannya cedera.

“Abang saya meninggal dunia akibat terkena tembakan. Saya bersama ibu dan ayah sempat bersembuny­i di kawasan belakang rumah sebelum menyertai penduduk kampung yang lain lari ke Bangladesh.

“Selama lebih tiga hari kami berjalan melalui hutan, akhirnya kami tiba di sempadan Bangladesh dan terus ke kem Tankhali ini untuk mendapatka­n perlindung­an. Sepanjang tempoh itu, saya dapat rasakan sesuatu berada di dalam lengan saya namun saya tak mampu buat apa-apa,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas mendapatka­n rawatan.

Umar berkata, dia tidak menyedari terdapat serpihan di lengannya kerana tidak berasa sakit sehinggala­h luka itu sembuh dan mendapati ada tanda berwarna hitam.

“Saya rasa lega kerana serpihan itu akhirnya dapat dikeluarka­n. Sebelum ini, saya tidak pasti apakah saya akan terus membiarkan­nya berada di situ.

“Syukur kerana ibu ayah dan adik masih hidup walaupun abang saya sudah meninggal dunia. Selagi ada parut ini, selagi itulah saya akan ingat apa yang berlaku kepada kami sekeluarga,” katanya yang kini belajar al-Quran di madrasah di kem berkenaan.

Sementara itu, Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya bersyukur inisiatif membawa bersama pakar perubatan berjaya mencapai matlamatny­a untuk membantu seramai mungkin pelarian di sini.

Namun, katanya, lebih ramai yang perlu mendapatka­n rawatan terutamany­a kanak-kanak berdasarka­n pemantauan dijalankan di kem itu.

Justeru, beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi ini melalui akaun Muslim Care 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau hubungi Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif di talian 0126935938.

 ??  ??
 ??  ?? UMAR menahan kesakitan ketika doktor mengeluark­an serpihan peluru di lengan kanannya.
UMAR menahan kesakitan ketika doktor mengeluark­an serpihan peluru di lengan kanannya.
 ??  ??
 ?? UMAR tahan sakit sejak seblan lalu. ??
UMAR tahan sakit sejak seblan lalu.
 ??  ??
 ??  ?? WARGA emas mendapatka­n rawatan di klinik bergerak Muslim Care.
WARGA emas mendapatka­n rawatan di klinik bergerak Muslim Care.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia