Harian Metro

PETUNJUK JAKET BIRU

Kronologi kehilangan pendaki Ramli Abdul Majid di Gunung Damavand, Iran

- lapor Suraya Roslan dan Asrizal Aris

> Jaket berwarna biru dan peralatan mendaki menjadi petunjuk untuk mengesahka­n jasad Ramli Abd Majid, 46, yang ditemui di Gunung Damavand, Iran selepas setahun kehilangan pendaki negara itu gagal dijejaki. Penemuan pada ketinggian 4,300 meter itu sekali gus menamatkan episod penantian keluargany­a,,

Jasadpenda­ki hilangdigu­nung

Iranditemu­i

Kuala Lumpur

Selepas hampir setahun, akhirnya jasad pendaki negara, Ramli Abd Majid, 46, yang hilang di Gunung Damavand, Iran, ditemui sekali gus menamatkan episod penantian keluarga tersayang terutama isteri dan seorang anaknya.

Jaket berwarna biru dan peralatan mendaki milik Ramli menjadi petunjuk kepada pihak kedutaan dan rakan untuk mengesahka­n jenazah Ketua Jurutera Sistem Proton itu, semalam.

Mayat Ramli ditemui sekumpulan pendaki Iran ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter, Jumaat lalu, sebelum Persatuan Bulan Sabit Merah Iran menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Isterinya, Roslida Ablah,

42, berkata, dia bersyukur selepas mendapat berita pengesahan mayat suaminya itu selepas hampir setahun menunggu khabar berita penemuan jasad suaminya.

“Walaupun sedih, saya bersyukur sekurang-kurangnya jasad suami ditemui dan ada pusara untuk dilawati,” katanya ringkas.

Pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA), Mohd Khafiz Bachok, 39, berkata, pengecaman mayat Ramli dilakukan menerusi pakaian dan peralatan seperti maklumat yang disalurkan kepada pasukan penyelamat.

“Kali terakhir Ramli dilihat memakai jaket biru dan hitam serta beberapa peralatan mendaki peribadi memudahkan lagi proses pengecaman.

“Walaupun sedih dengan kehilangan ini, kita bersyukur dan lega apabila penantian semua pihak, akhirnya berakhir terutama keluarga yang tidak akan tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu lagi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah menjangkak­an arwah Ramli memang sudah meninggal dunia, tetapi demi memenuhi amanat dan tanggungja­wab kepada keluarga mangsa, Misi Mencari Abang Ram dilaksanak­an sebanyak tiga kali oleh pihaknya.

Sementara itu, Kementeria­n Luar mengesahka­n mayat yang ditemui oleh pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran pada petang Jumaat lalu adalah mayat Ramli yang dilaporkan

Pendaki kedua hilang di Gunung Damavand ditemui selepas hampir setahun

Jaket biru, peralatan jadi petunjuk rakan sahkan mayat

Isteri, keluarga syukur episod penantian berakhir

Walaupun sedih dengan kehilangan ini, kita bersyukur dan lega apabila penantian semua pihak, akhirnya berakhir terutama keluarga yang tidak akan tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu lagi”

Roslida

hilang sejak 20 November 2016.

Kementeria­n itu dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran menghulurk­an bantuan untuk membawa pulang mayat ke Malaysia.

“Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada pihak berkuasa Iran di atas usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan, serta menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan itu, semalam.

Pada 20 November tahun lalu, Ramli dan rakan, Syed Ridzuan Syed Salim Shatri dilaporkan hilang selepas terpisah daripada kumpulan yang memulakan pendakian ke puncak Gunung Damavand di Iran,

Mayat Syed Redzuan ditemui di Yakhar Glacier pada jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (jam 5.45 petang waktu Malaysia) enam hari kemudian, dipercayai terjatuh dari ketinggian 4,100 meter.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT Ramli dibawa turun pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.
MAYAT Ramli dibawa turun pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyelamat yang membawa turun mayat Ramli dari ketinggian 4,300 meter, Jumaat lalu.
PASUKAN penyelamat yang membawa turun mayat Ramli dari ketinggian 4,300 meter, Jumaat lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia