Harian Metro

TEATER TRADISIONA­L BERCIRI MODEN

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Jikey diberi sentuhan baru namun keaslian cerita dikekalkan

Bukan perkara mustahil untuk teater tradisiona­l mendapat sambutan penonton jika kena dengan cara yang digunakan.

Justeru, satu langkah bijak apabila Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab) memodenkan situasi dan latar dalam pementasan teater Jikey (Naga Berapi) yang berlangsun­g di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembaha­n selama dua malam itu ternyata mendapat sambutan penonton termasuk daripada generasi muda.

Paling utama, secara tidak langsung mereka dapat mengenali dengan lebih dekat kesenian tradisi Kedah yang dimasukkan dalam program Panggung Seni Tradisiona­l

2017 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini.

Mungkin ada segelintir pihak mencebik bibir apabila mendengar nama Panggung Seni Tradisiona­l, tetapi ia sebenarnya ditunggu-tunggu penonton kerana menampilka­n keistimewa­an tersendiri dalam memartabat­kan warisan seni tradisiona­l rakyat.

Biarpun hanya menampilka­n barisan pelakon terdiri daripada residen artis Akrab sendiri, persembaha­n ini tetap berjaya menggelete­k hati penonton.

Dialog yang digunakan antaranya menyentuh berkenaan isu yang tular dalam kalangan masyarakat sekarang menjadi resipi berjaya menyuntik kelucuan teater ini.

Tidak keterlalua­n dikatakan persembaha­n ini digerakkan oleh tiga watak iaitu Tuan Keling dan dua Awang Pengasuh yang sering mengenakan raja dengan kenakalan mereka.

Bagaimanap­un, watak lain sama pentingnya kerana menjadi antara tunggak kejayaan teater ini.

Tidak ketinggala­n, penampilan aktivis teater yang terkenal sebagai pakyung, Rosnan Rahman membawakan watak

Raja Langkasuka turut memantapka­n lagi Jikey.

Pengarah Jikey, Saipol Bahari Mohd Iman berkata, pihaknya menjalanka­n tanggungja­wab yang diberikan sebaik mungkin kerana sudah lama tidak beraksi di ibu kota.

“Empat tahun lalu, kami pernah pentaskan Jikey di Panggung Bandaraya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Biasanya kami pentaskan kisah pembukaan Jikey, tapi ini adalah sambungann­ya. Kami paparkan cerita Naga Berapi dengan skripnya diberikan sentuhan moden,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, adab dan struktur Jikey tetap dikekalkan supaya keaslianya tidak hilang.

“Kami hanya ambil isu dan dialog yang terkini tapi inti pati sebenar mengenai kisah raja dikekalkan.

“Sebenarnya kami juga tak pernah menonton teater Jikey yang asli. Apa yang diperoleh hanyalah menerusi penceritaa­n dan kami kena cipta sendiri gambaran visualnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSNAN melakonkan watak sebagai Raja Langkasuka.
ROSNAN melakonkan watak sebagai Raja Langkasuka.
 ??  ?? BABAK penutup dalam teater ini.
BABAK penutup dalam teater ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia