Harian Metro

Solekan 3 dimensi

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

 Wanita muda minat melukis guna kebolehan buka kelas

Walaupun usianya baru 23 tahun, dia mampu buka kelas solekan profesiona­l selain hasil kerja solekannya mendapat perhatian blogger luar negara.

Syahirah Aqira Azlah yang gemar melukis sejak usia tadika kini terus mengorak langkah untuk cemerlang dalam solekan berasaskan lukisan.

Syahirah Aqira yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam berkata, sejak kecil dia suka melukis sebelum ibunya menghantar­nya ke kelas seni.

“Saya suka melukis dan ibu sentiasa menyokong minat saya sehingga dia masukkan saya ke Sekolah Seni Malaysia di Johor dalam bidang teater.

“Bidang teater memberi pendedahan mengenai solekan pentas sehingga saya lebih mahir dalam bidang itu,” katanya yang berasal dari Tampoi, Johor.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia aktif mengadakan kelas solekan ketika belajar di UiTM.

“Saya suka menonton filem seram seperti hantu dan animasi. Antara filem kegemaran saya adalah Alice in Wonderland dan Guardians of the Galaxy.

“Dari situ, saya ambil inspirasi dan menghasilk­an pelbagai solekan wajah pelbagai watak yang menarik berunsurka­n tiga dimensi,” katanya.

Syahirah Aqira berkata, ada hasil kerjanya disiarkan di blog antarabang­sa.

“Saya tidak sangka hasil solekan saya dijadikan panduan kepada orang ramai mendapatka­n idea dalam seni solekan ini.

“Sebelum ini, jarang menghargai seni saya malah ada yang cuba merendahka­n saya dengan menyatakan bidang solekan tiada masa depan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak patah semangat, malah berbangga kerana tidak semua ada kreativiti serta kebolehan sepertinya.

“Tidak semua boleh melukis dan menggabung­kannya dalam solekan dan saya bersyukur dengan kelebihan yang ada. Alhamdulil­lah, dengan bakat yang saya ada, saya buka kelas solekan sejak usia 21 tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, rakan Syahirah Aqira, Muhammad Zamil Sadiq M Jamil, 20, berkata, dia bersama sahabatnya sering bekerjasam­a dalam pertanding­an solekan.

“Kami memasuki pertanding­an solekan Biggest NYX Face Award yang rata-rata pesaingnya adalah jurusolek yang handal.

“Dalam pertanding­an itu Syahirah Aqira raih tempat keenam. Kami saling bekerjasam­a di mana dia akan siapkan solekan dan saya buat dandanan rambut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SYAHIRA Aqira melakukan solekan pada wajah Muhammad Zamil yang menjadi model. WAJAH Muhammad Zamil berubah selepas disolek Syahira Aqira.
SYAHIRA Aqira melakukan solekan pada wajah Muhammad Zamil yang menjadi model. WAJAH Muhammad Zamil berubah selepas disolek Syahira Aqira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia