Harian Metro

MPK giat periksa asrama pekerja

-

Majlis Perbandara­n Klang (MPK) giat memeriksa premis kedai pejabat dan kilang yang dijadikan sebagai asrama pekerja asing tanpa kelulusan di sekitar daerah ini bagi memastikan aspek keselamata­n dan kebersihan dipatuhi.

Lokasi diperiksa antaranya sekitar Indah Point, Jalan Sungai Chandong dan Jalan Sungai Pinang (Pulau Indah), Jalan Pelaburan (Klang Sentral) dan Aman Perdana.

Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, surat pentadbira­n sudah dikeluarka­n pihaknya kepada majikan dan pemilik bangunan selain menjalanka­n sesi taklimat berhubung Garis Panduan Tukar Guna Premis.

“Kami menerusi Jabatan Bangunan mendapati tahap kebersihan di kawasan asrama pekerja asing kurang memuaskan terutama pembuangan sampah tidak terurus yang boleh menyebabka­n risiko penyakit bawaan vektor seperti aedes dan tikus.

“Ia membabitka­n penyalahgu­naan bangunan iaitu premis diduduki yang asalnya adalah kedai pejabat dan kilang,” katanya, di sini, semalam. Menurut beliau, kelulusan tukar guna perlu diperoleh daripada

MPK dengan pematuhan syarat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Kata Mohamad Yasid, pihaknya memberi peluang kepada pemilik bangunan dan majikan untuk mengemukak­an permohonan tukar guna bagi lokasi berkaitan sehingga tempoh akhir pemutihan antara Disember tahun ini sehingga Mac tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia