Harian Metro

Laung azan cari jasad anak

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Ayah baca Yasin sehingga 2 mayat dijumpai

“Dengan kuasa Tuhan, jasad anak saya dan rakannya yang lemas berjaya ditemui selepas saya melaungkan azan, baca surah Yasin serta berdoa di lokasi pencarian awal pagi tadi (semalam),” kata Ridzwan Zainal Abidin, 46.

Dalam kejadian jam 2 petang Isnin lalu, anaknya, Rafiuddin Fakhrullah, 13, dan seorang lagi mangsa Muhammad Syafiq Akmal dihanyutka­n arus deras selepas terjatuh di dalam pembentung berdekatan sebuah sekolah di Taman Yarl, di sini.

Bagaimanap­un seorang rakan mereka, Aidil Azhar Sham Saffiri berjaya menyelamat­kan diri dengan berpaut di tebing dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Univerisit­i Malaya (PPUM).

Ridzwan jelas bersyukur berikutan pencarian mayat anaknya selama tiga hari menemui hasil semalam.

“Sebelum itu saya bersama anak sulong (Rashid Redza, 18) pergi ke lokasi pencarian di Lombong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah selepas solat Subuh bagi melaungkan azan, membaca surah Yasin dan berdoa.

“Selang beberapa minit kemudian, kami dimaklumka­n pihak bomba mengenai penemuan dua mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras di sini.

“Jenazah disembahya­ngkan di Masjid Abdul Rahman Auf, di Jalan Klang Lama dan dikebumika­n di tanah perkuburan Islam di Kampung Tohol, Kinrara, di sini, selepas solat Zuhur,” katanya.

Sementara itu, Amran Mohamed Ali, 35, iaitu bapa kepada salah seorang lagi mangsa lemas, Muhammad Syafiq Akmal berkata, pihaknya reda dengan pemergian anak kedua dari enam beradik itu.

Katanya, jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Pantai Dalam selepas selesai proses bedah siasat.

“Syukur jasad anak sudah ditemui selepas tiga hari usa- ha mencari dan menyelamat dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Maalaysia (APM).

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari anak dan rakannya yang lemas,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA keluarga ditenangka­n di pekarangan PPUKM.
ANGGOTA keluarga ditenangka­n di pekarangan PPUKM.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa naik dua mayat pelajar yang dijumpai, semalam.
ANGGOTA bomba membawa naik dua mayat pelajar yang dijumpai, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro kelmarin.
LAPORAN Harian Metro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia