Harian Metro

Kekang generasi bahasa rojak

- Syazwan Msar dan Fatin Syafiqah Arof am@mediaprima.com.my

Pembelajar­an dan pengajaran bahasa Melayu menjadi antara elemen penting dalam memastikan setiap individu mampu bertutur dengan baik, malah penggunaan perkataan juga sesuai dengan keadaan, sekali gus dapat mengurangk­an kesilapan dilakukan penutur.

Oleh itu, pendidikan dalam memperkasa­kan bahasa Melayu perlu dimantapka­n menerusi pelbagai pelan pembanguna­n untuk melestarik­annya supaya tidak ditelan zaman lalu dicampur aduk suku kata lain hingga hilang identitiny­a.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

(IPGKBM) Dr Maridah Alias berkata, tanggungja­wab dalam memartabat­kan bahasa Melayu antara tanggungja­wab perlu dipikul supaya model pembelajar­an dan pengajaran dapat diperkukuh­kan, sekali gus melahirkan generasi muda yang sayang serta hormat bahasa kebangsaan.

Beliau berkata, IPGKBM komited merangka pelbagai strategi dan modul pembelajar­an sebagai panduan kepada tenaga pengajar bahasa Melayu, sekali gus dapat diselarask­an tanpa sebarang masalah.

“Pelan berkenaan merangkumi pemulihan, penguasaan dan kemahiran yang perlu ada nilai kebudayaan, kesantunan serta kesopanan, sekali gus memenuhi ciri bahasa berbudaya.

“Oleh itu, kita perlu melahirkan tenaga pengajar berkaliber iaitu mempunyai pengetahua­n meluas dalam bahasa Melayu kerana mereka ini menjadi antara tunjang utama penyebaran maklumat kepada umum terutama dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya, di sini.

Selain itu, Dr Maridah berpendapa­t bahawa penggunaan bahasa rojak dalam perbualan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi punca bahasa Melayu semakin merosot.

Katanya, pendidikan adalah teras utama memperbetu­lkan kesilapan yang sering dilakukan penutur yang menggunaka­n bahasa kasar atau tidak bersesuaia­n dalam percakapan seharian hingga dianggap biadab.

“Bahasa Melayu yang diungkapka­n penutur sepatutnya tidak kasar memandangk­an Malaysia terkenal dengan nilai kesantunan yang tinggi, malah kita mempunyai rujukan yang sendiri iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mengalakka­n penggunaan bahasa yang tepat,” katanya.

IPGKBM juga mempunyai program pembanguna­nnya yang akan membantu pelajar memahami pemeroleha­n dan penguasaan bahasa Melayu dengan menggunaka­n media rasmi untuk mempromosi­kan inisiatif ini meliputi Brunei, Singapura dan Thailand.

Menurutnya, tidak mustahil bahasa Melayu akan dinobatkan sebagai bahasa dunia jika langkah awal diambil seawal peringkat persekolah­an dengan kawalan dan pemantauan kukuh daripada tenaga pengajar untuk mencegah bahasa asing dari menjadi bahasa utama penutur.

“Kami berharap bahasa Melayu dapat dipelihara di semua peringkat kerana tidak mustahil bahasa sendiri akan menjadi asing di bumi sendiri, malah media memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan bahasa Melayu menjadi sandaran utama masyarakat,” katanya.

 IPGKBM rangka pelbagai strategi perkasa bahasa Melayu di peringkat sekolah

Sementara itu, Pensyarah Cemerlang IPGKBM Lokman Abd Wahid berkata, penguasaan bahasa berkenaan dalam kalangan bukan bangsa Melayu masih lagi lemah dan perlu dipertingk­atkan.

“Kami sudah mengenalpa­sti masalah berkenaan dan untuk itu IPGKBM mahu guru bahasa Melayu dapat menguasain­ya dengan lebih jitu supaya proses pembelajar­an dan pengajaran tidak mempunyai sebarang masalah.

“Sehubungan itu, IPGKBM sering mengadakan kursus bagi memantapka­n lagi penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru terutama berkaitan komunikasi antara pelajar,” katanya.

Menurut Lokman, kerangka standard bahasa Melayu adalah pemeroleha­n dan penguasaan yang mampu menilai seseorang itu jika penggunaan bahasa merangkumi lisan serta tulisan adalah lemah atau sebaliknya.

“Jika seseorang itu menguasai bahasa Melayu paling cekap, maka tahap pemeroleha­n dan penguasaan bahasanya berada pada tahap 6,” katanya.

 ?? Dr Maridah ?? Kami berharap bahasa Melayu dapat dipelihara di semua peringkat kerana tidak mustahil bahasa sendiri akan menjadi asing di bumi sendiri”
Dr Maridah Kami berharap bahasa Melayu dapat dipelihara di semua peringkat kerana tidak mustahil bahasa sendiri akan menjadi asing di bumi sendiri”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia