Harian Metro

DBP cipta lebih sejuta perkataan ikut zaman

-

Kuala Lumpur: Ramai tidak menyedari bahawa penggunaan bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian sebenarnya kurang tepat atau menggunaka­nnya secara melulu, sekali gus boleh menimbulka­n kekeliruan terutama kepada generasi masa kini.

Ada antaranya, lebih mudah menggunaka­n bahasa rojak dalam penyampaia­n maklumat atau pemberitah­uan kepada umum asalkan maksud difahami.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkua­saan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) M Azahari Edin, cabaran dan rintangan itu yang dilalui pihaknya dalam memartabat­kan bahasa kebangsaan mengikut Perkara 152, Perlembaga­an sejak kebelakang­an ini.

Walaupun pelbagai program dilaksanak­an DBP, namun sikap sambil lewa masyarakat menganggap perkara itu tidak penting mengakibat­kan bahasa kebangsaan bukan lagi keutamaan kepada mereka.

Beliau berkata, pihaknya komited memastikan setiap hebahan menerusi papan iklan atau perniagaan menggunaka­n ejaan dan tatabahasa betul, selain tidak mengeliruk­an.

“Kami sentiasa mengadakan perbincang­an dan kerjasama dengan pihak berkaitan dalam merangka strategi berkesan supaya bahasa kebangsaan tidak dipandang sepi.

“Antaranya menggalakk­an penggunaan bahasa kebangsaan dalam apa juga program atau majlis, selain setiap papan iklan ditulis dengan perkataan yang betul serta tepat,” katanya.

M Azahari berkata, penguatkua­saan DBP bukan semata-mata pemantauan saja, namun merangkumi pendidikan, perkhidmat­an dan pengukuhan bahasa dalam penggunaan seharian.

“Pengukuhan bahasa Melayu juga membabitka­n kerjasama tiga negara menerusi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabang­sa Bahasa Melayu (MABM).

“Pertubuhan ini akan melakukan perbincang­an bersama dan hasilnya ada antara perkataan atau istilah akan digunakan di tiga-tiga negara atau sebaliknya,” katanya.

Selain itu, DBP juga sudah mengeluark­an atau mencipta lebih satu juta perkataan atau istilah baru mengikut perkembang­an semasa.

“Sebelum ini, ada antara istilah yang terhasil daripada perkembang­an teknologi seperti sudah ditukarkan kepada swafoto bersesuaia­n dengan bahasa dan penggunaan seharian.

“DBP tidak mahu penggunaan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris dicampur aduk dengan bahasa Melayu seterusnya menjadi cacar marba dan diikuti pula generasi muda,” katanya.

Berkaitan pengiklana­n dan papan tanda pula, DBP menggunaka­n Undang-Undang Kecil Iklan yang dikuatkuas­akan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Iklan dibahagika­n kepada dua iaitu bahasa iklan dan bahasa bukan iklan iaitu membabitka­n nama bangunan, jalan dan lain.

“Semua PBT ada undang-undang berkenaan iaitu antara terma adalah bahasa Melayu perlu diutamakan iaitu di sebelah atas dan namanya perlu terang.

“Jika didapati tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan, individu berkaitan boleh dikenakan tindakan iaitu kompaun sekitar RM2,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Denda atau penjara hanya boleh dikuatkuas­akan pihak berkuasa tempatan berdasarka­n Undang-Undang Kecil Iklan.

Katanya, penguatkua­saan iklan itu bermula Februari 2014 dan ia memberi impak positif apabila lebih ramai individu merujuk dengan DBP untuk iklan atau papan tanda sebelum diluluskan PBT.

 ??  ?? CONTOH penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak memartabat­kan bahasa kebangsaan.
CONTOH penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak memartabat­kan bahasa kebangsaan.
 ??  ?? M Azahari
M Azahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia