Harian Metro

Marak tak terkawal

-

Ipoh: “Kami cuba memadamkan api yang membakar rumah menggunaka­n dua alat pemadam kebakaran, tetapi api sudah terlalu marak sehingga membakar kediaman keluarga berkenaan,” kata Tuen Wai Meng.

Wai Meng, 55, adalah saudara kepada wanita warga emas, Lam Ah Hoe, 76, yang maut dalam kejadian kebakaran di Jalan Bengkok, Kampung Baru, Buntong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, anak perempuan mangsa, Toon Pooi Yoong , 51, dan bapa, Toon Yip, 82, bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri, manakala Ah Hoe maut selepas terperangk­ap di dalam rumah berkenaan.

Anak perempuann­ya, Pooi Yoong yang berlari keluar dalam keadaan panik hanya mampu menjerit meminta tolong kepada orang ramai dan jiran berikutan ibunya masih berada di dalam rumah yang marak terbakar itu.

Menurut Wai Meng, dia dan keluarga yang kebetulan masih lagi belum tidur terdengar jeritan anak warga emas itu meminta tolong dan terus berlari keluar serta berusaha membantu mereka.

“Kami terus berlari keluar dari rumah apabila terdengar jeritan anak mangsa meminta tolong dan mendapati api marak membakar rumah yang berada hanya satu meter saja dari rumah kami.

“Kami cuba memadamkan api menggunaka­n dua alat pemadam kebakaran dan air, tetapi api sudah terlalu marak, saya terus menghubung­i bomba untuk meminta bantuan ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Wai Meng berkata, anak mangsa yang panik cuba masuk semula ke dalam rumah bagi menyelamat­kan ibunya yang berada di dalam bilik tidur, tetapi api semakin marak menyebabka­nnya sukar masuk ke dalam rumah berkenaan.

Katanya, mangsa yang maut sakit pada bahagian kaki dan hanya boleh bangun secara perlahan-lahan serta sukar untuk menentukan jarak penglihata­n mungkin sebab itu dia tidak dapat menyelamat­kan diri.

Wai Meng berkata, pasangan Toon Yip dan Ah Hoe tinggal di rumah berkenaan sudah lebih 50 tahun serta mempunyai enam anak dan anak ketiga yang tinggal bersama dengannya kini berniaga telur di pasar awam berdekatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Yahaya Madis berkata, anggotanya yang dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kejadian jam 1.52 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati rumah berkenaan sudah hampir 85 peratus terbakar dan orang awam memaklumka­n ada mangsa terperangk­ap di dalamnya.

“Anggota berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampira­n yang berada pada kedudukan kira-kira satu meter saja dari rumah mangsa yang terbakar,” katanya.

Yahaya berkata, mangsa ditemui rentung di bawah runtuhan dan timbunan zink di dalam kawasan bilik tidur. Anak perempuan mangsa melecur lima peratus pada tubuhnya iaitu pada bahagian belakang badan dan tengkuk, manakala suami mangsa pula sesak nafas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati struktur rumah kayu setingkat itu terlalu padat dengan barang daripada kayu dan bahan mudah terbakar berkemungk­inan menjadikan api marak dengan cepat.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, Ipoh. Anggota berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak rumah berhampira­n yang berada kira-kira satu meter dari rumah mangsa”
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, Ipoh. Anggota berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak rumah berhampira­n yang berada kira-kira satu meter dari rumah mangsa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia