Harian Metro

Penagih disyaki dera anak ditahan

-

Kuala Terengganu: Polis menahan seorang penagih dadah kerana disyaki mendera anak perempuann­ya berusia enam tahun di sini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan selepas mangsa cedera di belakang badan dipercayai dipukul bapanya yang berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Bapa mangsa ditahan jam 5 petang untuk siasatan lanjut manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphet­amine.

“Polis masih menanti laporan pegawai perubatan mengenai punca kecederaan dialami mangsa.

“Sekiranya kecederaan disebabkan dera, polis membuka kertas siasatan dan kes ini akan disiasat

>>Majikan lelaki warga Bangladesh turut ditahan untuk siasatan

mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan abangnya yang berusia tujuh tahun tinggal bersama suspek serta dijaga secara bergilir-gilir ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) Sekati selepas lelaki itu bercerai dengan isterinya.

Katanya, mangsa dan abangnya dijadikan anak angkat J3K kampung berkenaan dan kini mangsa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Zuhami Omar berkata, pihaknya dimaklumka­n mangsa dihantar ke hospital berkenaan ahli J3K Kampung Sekati.

“Pegawai JKM menyiapkan laporan awal termasuk mendapatka­n keterangan ahli J3K kampung itu untuk siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia