Harian Metro

Ibu ‘dicucuk hidung’

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

 Lapan lelaki ditahan kes lacur dua kanak-kanak

Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an bukan saja menjadikan seorang ibu tunggal sebagai hamba seksnya sejak lapan tahun lalu, malah turut dipercayai dalang melacurkan dua anak wanita berkenaan berusia 10 dan 13 tahun kepada rakan senegarany­a dengan bayaran serendah RM50 bagi setiap perkhidmat­an seks.

Difahamkan, lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Senai itu menjadikan rakan senegara sebagai pelanggann­ya dan setiap urusan hanya dijalankan pada setiap Jumaat sejak September lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam kenyataan berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki tempatan dan ibu mangsa sekali gus mengenal pasti dalang terbabit dan mengesanny­a untuk membantu siasatan.

Menurutnya, lima lelaki Bangladesh berusia 28 hingga 42 tahun ditahan di sebuah kilang di Senai, di sini, pada pagi kelmarin, manakala dua lelaki Bangladesh masing-masing berusia 35 tahun ditahan pada petang kelmarin bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pada jam 1.30 petang hari ini (semalam), kami menahan majikan mereka yang juga warga tempatan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan.

“Kami akan mendapatka­n perintah reman ke atas lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Johor Bahru (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dua lelaki warga Bangladesh direman hingga 14 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagan­gan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Manakala, lima lagi lelaki Bangladesh kini direman sehingga 13 November ini mengikut akta sama.

Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita berusia 36 tahun itu dikatakan membawa kedua-dua anaknya ke hotel bajet di Larkin Perdana, di sini, sejak September lalu dan ditinggalk­an di dalam bilik berasingan melayan lelaki Bangladesh berkenaan, manakala wanita itu dikatakan menunggu di bilik berasingan bersama teman lelakinya.

Mereka dikatakan bercinta sejak lapan tahun lalu dan lelaki warga Bangladesh itu dikatakan sering melawat ibu mangsa di rumahnya di Taman Bintang, Senai.

Bagaimanap­un, helah mereka terbongkar apabila wanita berkenaan ditahan polis dalam serbuan di rumahnya pada 25 Oktober lalu dan susulan itu dua anaknya itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk pemeriksaa­n.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 31 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 31 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia