Harian Metro

Rimas wabak basikal pelik

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Kumpulan remaja berkumpul uji basikal lajak diubah suai timbulkan kegusaran penduduk

“Kami makin gusar apabila rakan anak-anak penduduk di kawasan ini mula dijangkiti wabak ‘basikal lajak’. Masing-masing mahu memiliki basikal pelik ini,” kata seorang penduduk di Pantai Dalam di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Izhar, 40-an.

Menurutnya, kehadiran puluhan geng basikal lajak yang menjadikan Taman Rekreasi Pantai Dalam di sini, sebagai lokasi berkumpul membuktika­n ‘demam’ basikal lajak sudah sampai ke ibu kota.

“Kumpulan remaja belasan tahun itu didapati berkumpul pada setiap petang dan hari minggu untuk ‘menguji’ basikal lajak yang sudah diubah suai.

“Difahamkan, mereka menggunaka­n kawasan bukit di taman berkenaan untuk berlumba sebelum ke jalan raya berdekatan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Siti Rahmah Salahuddin, 43, berkata, kehadiran kumpulan ‘basikal lajak’ mengganggu penduduk yang sedang melakukan riadah di taman berkenaan.

“Mereka menggunaka­n laluan pejalan kaki di kawasan taman rekreasi itu dan sering berlumba sesama sendiri.

“Jika dulu tidak ada kumpulan ini, namun kini mereka dilihat semakin ramai dan kerap berkumpul,” katanya.

Sementara itu pengawal keselamata­n di taman rekreasi berkenaan yang enggan dikenali berkata, kumpulan basikal lajak itu menjadikan taman rekreasi berkenaan untuk menguji kelajuan basikal.

Seorang pemilik basikal lajak yang ditemui berkata, dia membeli basikal itu pada harga RM100 selepas dipujuk rakan-rakan lain.

“Geng basikal lajak makin ramai. Syok ada ramai kawan bila berkumpul. Basikal lajak unik dan lebih laju daripada basikal biasa bila diubah suai,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam. PENDUDUK gusar dengan kehadiran kumpulan basikal lajak yang sering berkumpul di taman rekreasi di Pantai Dalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam. PENDUDUK gusar dengan kehadiran kumpulan basikal lajak yang sering berkumpul di taman rekreasi di Pantai Dalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia