Harian Metro

Jangan jenaka semata-mata

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Penceramah perlu luaskan cara berdakwah

Penceramah agama sepatutnya lebih serius dengan turut memikul tanggungja­wab memberi penekanan kepada elemen sains dan kemahiran berfikir dalam ceramah mereka berbanding jenaka tidak bermanfaat yang tiada lain membuatkan khalayak ketawa semata-mata.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata, beliau sangat bersetuju sekiranya elemen berkaitan sains dan yang membolehka­n orang berfikir dimasukkan juga dalam ceramah.

“Kita sangat bersetuju. Kita perlu tingkatkan lagi ilmu. Isilah ceramah kita itu dengan perkara yang boleh buat orang berfikir. Tak mengapa, boleh lawak, tetapi jangan lawak yang lagha (sia-sia). Biarlah yang mendidik.

“Malah kita juga diingatkan supaya menggunaka­n perkataan dengan cara berhemah dan berhikmah. Tetapi kita kadang-kadang menggunaka­n perkataan terlalu bombastik. Seperkara lagi jangan terlalu cepat melabel.

“Itu semua dilarang dalam Islam. Jangan beri gelaran seperti si gemuk atau si bodoh. Islam menuntut kita mempunyai akhlak yang sangat tinggi,” katanya ketika ditemui pada Muzakarah Pakar Pengukuhan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM): Pendekatan Nilai dan Budaya di Dewan Besar IKIM, di sini, semalam.

Muzakarah itu dihadiri mereka yang terbabit dalam proses, mekanisme dan usaha meningkatk­an minat terhadap sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik terdiri daripada ahli akademik, pembuat dasar dan peneraju syarikat besar.

Idea bernas mereka kemudian akan dimajukan untuk penyediaan kertas cadangan kepada pihak berwajib supaya dilaksanak­an apa yang perlu.

Dr Azizan berkata, semua pihak perlu memainkan peranan termasuk guru memastikan subjek diminati pelajar, ibu bapa menggalakk­an anak belajar dalam jurusan sains manakala pembuat dasar menyediaka­n karier dan gaji sepadan kepada golongan terbabit.

Beliau berkata, sains sangat dekat dengan Islam malah sains moden hari ini pun dicetuskan oleh prinsip dalam al-Quran dan hadis, cuma dalam tradisi mendidik umat Islam perkara berkenaan tidak ditonjolka­n lantas menjadikan­nya seolah-olah terasing.

“Kita hendak semua orang faham, sains adalah kehidupan harian. Kita guna gajet sains sepanjang masa, tapi seolah-olah orang tertentu tahu ilmu itu. Mereka buat dan jual kepada kita.

“Walhal setiap gajet ada implikasin­ya, mengeluark­an radiasi dan tak boleh kita letak dekat otak terlalu lama sebab ada kesan. Dalam gelap, kita tak boleh skrol skrin terlalu lama, nanti mata boleh rosak,” katanya.

 ?? Dr Azizan Baharuddin ?? Tak mengapa, boleh lawak, tetapi jangan lawak yang lagha (sia-sia)”
Dr Azizan Baharuddin Tak mengapa, boleh lawak, tetapi jangan lawak yang lagha (sia-sia)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia