Harian Metro

‘Sains datang bersama Islam’

-

Kuala Lumpur: “Sebenarnya orang sains juga beragama. Malah sains dan agama tidak dipisahkan. Sains datang bersama Islam,” kata Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Yusof Othman.

Beliau berkata, Islam meminta setiap manusia supaya berilmu, apatah lagi ia mengangkat darjat orang Islam.

Namun, katanya, ilmu itu bukan hanya membabitka­n bidang tertentu seperti mengenai solat, haji dan zakat, sebaliknya lebih luas lagi.

“Malah Islam datang merakyatka­n semua orang. Semua orang boleh menegur orang lain. Tidak ada konsep tanya ustaz dapat pahala, tanya jurutera tidak dapat pahala,” katanya dalam Muzakarah Pakar Pengukuhan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM): Pendekatan Nilai dan Budaya di sini, semalam.

Dr Yusof berkata, umat Islam sebenarnya tidak kurang dengan sumber, tetapi kurang yang berfikir dengan lebih serius kerana mengutamak­an hal tertentu seperti sibuk mengumpul harta.

Justeru, katanya, usaha perlu dilakukan bagi melahirkan orang yang memahami agama serta menggunaka­n sains dan teknologi atas kefahaman agama.

“Bayangkan apabila sains dan teknologi dicampakka­n kepada kumpulan yang tidak beragama,” katanya.

Dalam pengajaran sains, katanya, beliau memperjuan­gkan bahasa Melayu kerana ia lebih difahami anak bangsa.

“Cakap Melayu tetapi diajar dalam bahasa Inggeris, mana dapat faham. Kita juga ada maruah. Malah bahasa Melayu itu ada nilai ketuhanan ataupun rabbani yang tinggi, contohnya istilah ‘adil’ dan ‘mesyuarat’.

“Perkataan ‘iltizam’ tak sama dengan ‘commitment’ dalam bahasa Inggeris. Ia menjiwai kita kalau disebut dalam bahasa Melayu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia