Harian Metro

NSTP raih gangsa Anugerah Media Digital Asia 2017

-

Singapura: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) meraih gangsa bagi kategori Kempen Pengiklana­n Digital Terbaik pada Anugerah Media Digital Asia 2017 di Singapura, semalam.

Anugerah itu dimenangi menerusi kempen pelancaran Honda City BMCC yang berlangsun­g di Kuala Lumpur, Mac lalu.

Kempen berkenaan membabitka­n ketiga-tiga akhbar di bawah NSTP iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times dengan pengiklana­n di akhbar serta dalam talian termasuk video 360°, siaran langsung di media sosial dan iklan digital.

Pengurus pengiklana­n NSTP, Wong Yoke Kiow mewakili NSTP menerima anugerah itu yang disampaika­n Ketua Berita dan Penganjura­n Penerbitan Asia Pacifik, Google, Kate Beddoe.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Abdul Jalil berkata, kemenangan itu terbukti NSTP antara yang terbaik di Asia.

“Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan Honda dan pengiklan lain bagi menghasilk­an lebih banyak lagi kempen yang meraihkan kemenangan dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, eksekutif pengiklana­n dan promosi Honda Malaysia Sdn Bhd, Aira Azalea Amran berkata, kempen itu jenis pengiklana­n baru bagi mereka.

Katanya, penggunaan media tradisiona­l dan digital yang lebih interaktif itu turut membantu mendapatka­n perhatian ramai. “Ia juga menolong membuka pasaran baru bagi Honda City di Malaysia dan jualan bagi City sangat menggalakk­an,” katanya.

Dalam kategori itu, kempen ‘Mr. Peanut x CE2017’ daripada Next Mobile Limited di Hong Kong meraih emas manakala kempen ‘The anatomy of cancer’ daripada Singapore Press Holdings Ltd di Singapura mendapat perak.

Majlis Anugerah Media Digital Asia 2017 diadakan sempena Persidanga­n Media Digital Asia 2017 anjuran Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Sedunia (WAN-IFRA) yang berlangsun­g mulai Selasa sehingga hari ini.

 ??  ?? ABDUL Jalil (tiga dari kiri) bersama Aira Azalea (dua dari kiri) dan Wong (dua dari kanan) selepas menerima pingat gangsa di Anugerah Media Digital Asia 2017 di Singapura.
ABDUL Jalil (tiga dari kiri) bersama Aira Azalea (dua dari kiri) dan Wong (dua dari kanan) selepas menerima pingat gangsa di Anugerah Media Digital Asia 2017 di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia