Harian Metro

Petronas cari Pengejar Impian bertuah

-

Kuala Lumpur: Tiga rakyat Malaysia berpeluang memenangi bekalan Petronas Sprinta dengan UltraFlex dan Petronas Primax selama setahun menerusi perkongsia­n kisah benar hidup mereka dalam mengejar impian di laman Instagram dan Facebook masing-masing.

Pengurus Besar Pemasaran Petronas Lubricants Marketing Malaysia Kwan Beng Keat berkata, pihaknya kini sedang mencari tiga individu bertuah menerusi Pertanding­an Pengejar Impian di Facebook bermula 19 Oktober lalu hingga 8 Disember depan.

Menurut beliau, pihaknya melancarka­n kempen itu bagi menghargai individu yang berusaha keras demi mencapai matlamat hidup.

“Sejak bertahun-tahun Petronas menjalanka­n pelbagai usaha memberi galakan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing.

“Contohnya dalam CubPrix AAM Malaysia Petronas, kami melahirkan juara dunia seperti Hafizh Syahrin yang kini berlumba dalam kejuaraan Moto2 (TM) dan Kasma Daniel yang bakal beraksi dalam kejohanan Moto3 (TM) untuk kali pertama tahun depan,” katanya.

Katanya, Petronas Sprinta mengalu-alukan penyertaan orang ramai dengan cara berkongsi kisah dan inspirasi mereka dalam mengejar impian di Facebook dan Instagram.

“Kami sudah menayangka­n video pertama menampilka­n kegigihan Chin Kun On yang kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan pada tahun 2000, namun dia bangkit menjual ais krim dengan menunggang motosikal untuk menyara keluargany­a. Ia adalah contoh kisah inspirasi,” katanya.

Mereka yang berminat boleh memulakan langkah pertama dengan ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook PetronasBr­ands dan Instagram serta tonton video menggunaka­n #PengejarIm­pian dan #PetronasSp­rinta.

Kemudian muat naik video sendiri dengan keterangan gambar “Inilah cerita pengejar impian saya...” dengan meletakkan tetapan akaun untuk tontonan umum menggunaka­n #PengejarIm­pian serta #PetronasSp­rinta.www.mymesra.com.my/pengejarim­pian.

 ??  ?? KISAH kegigihan Chin mencari rezeki menyara keluargany­a dengan menjual aiskrim menggunaka­n motosikal diangkat menjadi contoh dalam Kempen Pengejar Impian PETRONAS.
KISAH kegigihan Chin mencari rezeki menyara keluargany­a dengan menjual aiskrim menggunaka­n motosikal diangkat menjadi contoh dalam Kempen Pengejar Impian PETRONAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia