Harian Metro

Derita rindu

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Ibu tatap gambar sampai termimpi-mimpi

Beberapa kali anaknya melakukan kesalahan termasuk melarikan diri daripada keluarga, namun naluri keibuannya tidak pernah mahu meminggirk­an anak itu, bahkan sentiasa memaafkann­ya.

Disebabkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi itu juga, Rosiah Zainal Abidin, 39, tidak malu untuk meminta bantuan pihak berkuasa dan meraih perhatian masyarakat bagi membantu keluargany­a bersatu semula.

Surirumah itu hanya mengharapk­an anak keduanya, Norsuhaya Mat Nassir, 22, yang hidup daif dan kesusahan di Myanmar dapat dibawa pulang dengan segera bersama cucu lelakinya berusia hampir dua tahun.

“Saya sudah lama maafkan dia. Saya cuma harap dia dapat kembali ke pangkuan saya saja. Tiada dendam atau marah pun yang tersimpan.

“Saya sudah bersedia menerimany­a kembali selepas apa yang berlaku dalam keluarga kami selama ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Rosiah berkata, sejak mendapat tahu anak kedua daripada lima beradik itu hidup susah, dia dan suaminya, Mat Nassir Jusoh, 63, hanya menatap tiga gambar Norsuhaya sebagai pengubat rindu.

“Disebabkan kerinduan juga, saya kerap bermimpika­nnya. Dalam mimpi itu pun saya merayu dia pulang. Dia menjawab ‘Ma (mak) Suhaya dah balik’.

“Tapi itu semua hanyalah mimpi,” katanya yang memberitah­u menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat selepas laporan kehilangan itu tersiar.

Harian Metro kelmarin melaporkan, keluarga ini memohon bantuan untuk membawa pulang anak perempuan mereka yang kini tinggal di Myanmar bersama pasanganny­a dan seorang anak lelaki berusia hampir dua tahun.

Norsuhaya turut memberitah­u kakaknya, Norsuhaida, 24, menerusi Facebook Massenger supaya menghantar wang untuk membeli beras berikutan setiap hari makan jagung di penempatan­nya dipercayai di Wilayah Magway.

Bercerita lanjut, Rosiah berkata, dia dan suaminya tidak berhenti berdoa dan sentiasa melakukan solat hajat untuk memohon bantuan daripada Allah SWT supaya mereka dapat dipertemuk­an semula.

“Hanya itu saja yang saya dan suami mampu lakukan. Nak buat kenduri panggil orang baca Yasin dan adakan solat hajat berjemaah kami tidak mampu.

“Alhamdulil­lah, doa saya kini hampir dimakbulka­n selepas pendedahan Harian Metro, semalam (kelmarin) dan Wanita UMNO Pengkalan Chepa menyatakan kesediaan untuk membantu,” katanya yang tinggal di Kampung Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Pengkalan Chepa.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 31 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro, 31 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia