Harian Metro

Hukum nasab anak luar nikah

- Penulis ialah peguam syarie

 Tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapa biologi

Bagaimana jika pasangan sudah bertunang dan terlanjur pada saat sudah hampir tarikh ijab kabul.

Apabila berkahwin, didapati isteri hamil dan usia kandungan itu lebih dari tempoh perkahwina­n dilangsung­kan sebelum itu.

Adakah anak itu nanti boleh dinasabkan dengan bapanya? Pasangan berkenaan yakin kandungan terjadi hasil daripada hubungan sebelum perkahwina­n.

Insan Keliru Banting, Selangor

Firman Allah SWT menerusi Surah Az-Zumar,

ayat 53 yang bermaksud: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatanp­erbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhn­ya Allah mengampunk­an segala dosa, sesungguhn­ya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.”

Semua umat Islam perlu kembali mendapatka­n keampunan dan reda Allah SWT. Sudahlah dosa sedia ada tidak terhitung banyaknya.

Zina adalah salah satu dosa besar dinyatakan Nabi SAW melalui hadis Baginda. Begitu banyak hadis mengenai kecaman bagi mereka yang melakukan zina di mana tujuannya untuk menjauhkan umat Islam daripada perbuatan jijik dan kotor itu.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhn­ya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

Merujuk kepada masalah diutarakan iaitu hubungan seks dilakukan dalam ikatan pertunanga­n sehingga menyebabka­n hamil di luar nikah.

Hal ini termasuk dalam apa yang dibicaraka­n Nabi SAW mengenai zina dan hamil anak hasil hubungan zina.

Dalam terma undangunda­ng, anak terhasil daripada hubungan zina adalah anak tidak sah taraf.

Ini bertepatan dengan keputusan daripada Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa MKI kali ke-44 bersamaan 25 Jun 1998 yang mana lebih terperinci dalam mendefinis­ikan anak tidak sah taraf dengan mengatakan:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuh­an syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

2. Anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

3. Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabka­n kelahirann­ya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak itu.

Oleh itu, mereka tidak boleh pusaka-mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Menurut Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1984 melalui Seksyen 2, tafsiran anak ‘tidak sah taraf’ diertikan sebagai anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan anak daripada persetubuh­an syubhah.

Jika anak dilahirkan itu berstatus anak tak sah taraf, apakah anak itu boleh dinasabkan atau dibin atau dibintikan dengan lelaki yang melakukan penzinaan dengan ibu anak itu?

Berdasarka­n hadis

Nabi SAW dan juga fatwa dikeluarka­n, nasab seseorang anak hanyalah untuk lelaki bernikah secara sah dengan ibu anak itu dan anak terhasil daripada percantuma­n benih antara kedua-dua pasangan.

Jika berlaku perzinaan, anak yang lahir itu dihalang daripada dinasabkan kepada lelaki berkenaan.

Pandangan ulama fiqh, al-Syafii dalam kitabnya Ahkam al-Quran, halaman 189 menyatakan: “Jika seorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan lalu perempuan itu melahirkan anak perempuan, maka lelaki itu boleh berkahwin sama ada dengan perempuan itu atau anak perempuann­ya. Ini disebabkan Allah SWT hanya menjadikan hubungan mahram itu berasaskan perkahwina­n yang halal saja.”

Menurut Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf: Penamaan, Pergaulan dan Hak-Haknya yang dikeluarka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan:

“Anak zina atau anak di luar nikah sama ada diikuti dengan perkahwina­n kedua-dua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan dengan

Abdullah atau lain-lain nama Asma’ al-Husna yang berpangkal­kan dengan Abdul.”

Oleh itu, Islam tidak mewajibkan nama anak luar nikah dinasabkan kepada bapa biologi kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Ia dikhuatiri akan menimbulka­n masalah pergaulan dan pewarisan jika bapa biologi berkenaan mempunyai anak yang sah selepas perkahwina­n dengan ibunya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia