Harian Metro

Segala makhluk dicipta sempurna

-

Tidak ada yang Dia ciptakan itu melainkan untuk meraikan serta menyatakan puji-pujian ke atas-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidakkah engkau mengetahui bahawasany­a Allah (Yang Maha Esa dan Maha

Kuasa) sentiasa bertasbih kepada-Nya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui

(menurut keadaan semula jadinya) akan cara mengerjaka­n ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” (Surah an Nur, ayat 41)

Setiap benda diciptakan Allah memperliha­tkan tanda menakjubka­n dengan penuh makna.

Dia juga menunjukka­n kemuliaan, keagungan dan kebijaksan­aan-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Dialah Tuhan) yang menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Ia juga menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis

-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. Makanlah kamu daripadany­a dan berilah makan binatangbi­natang ternak kamu, sesungguhn­ya semuanya itu mengandung­i tanda-tanda yang membuktika­n kemurahan Allah bagi orang-orang yang berakal fikiran.” (Surah Taha, ayat 53-54)

Allah SWT tidak menciptaka­n apa-apa yang ada di alam semesta ini sia-sia, tanpa kebijaksan­aan, nilai dan tujuan.

Dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan tidaklah

Kami menciptaka­n langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya secara main-main. Tidaklah

Kami menciptaka­n kedua-duanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirka­n perkara-perkara yang benar, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” (Surah ad-Dukhaan, ayat 38-39)

Oleh itu, pada pandangan Islam, alam semesta ini mempunyai nilai. Segala benda yang ada di alam semesta ini diciptakan untuk taat kepada Allah SWT Yang Satu.

Dialah juga yang mengawal kitaran kehidupan dan kematian seluruh makhluk-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah jualah yang membelah (menumbuhka­n) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluark­an yang hidup daripada yang mati dan mengeluark­an yang mati daripada yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaann­ya ialah Allah. Maka bagaimanak­ah kamu dipalingka­n daripada menyembahN­ya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?” (Surah al-An ‘aam, ayat 95)

Kehidupan dan kematian juga adalah ciptaan Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirk­an adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirka­n keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, ayat 2)

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia