Harian Metro

Bukan sandiwara

 PM tegaskan Bajet 2018 disediakan dengan teliti bertunjang­kan visi jelas

-

Bajet 2018 dibentangk­an kerajaan adalah bersifat inklusif dan berpijak di bumi nyata dan bukan ‘bajet sandiwara’ atau ‘bajet kelentong rakyat’ seperti dikemukaka­n parti pembangkan­g.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Bajet 2018 disediakan dengan amat teliti bertunjang­kan visi jelas untuk terus memacu Malaysia muncul negara ke-20 terbaik di dunia menerusi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata, apa yang jelas, bajet pembangkan­g ibarat menjanjika­n ‘bulan’ dan ‘bintang’ termasuk pemansuhan tol yang bakal menelan kos berpuluh bilion ringgit, sebaliknya, bajet kekita rajaan adalah realistik.

“Bukan senang nak buat bajet, nak fikir daripada pelbagai sudut supaya bajet kita ini bersifat komprehens­if, inklusif, adil dan ada ‘sentuhanny­a’ kepada semua pihak sebab banyak orang akan lihat berdasarka­n senarai (kehendak) mereka yang diharapkan kerajaan akan dapat pertimbang­kannya.

“Saya nak beritahu, berjam-jam kita bermesyuar­at, persediaan bajet itu orang tidak tahu, saya nak ‘habaq’ bahawa ada satu hari itu saya mesyuarat dengan pegawai dari jam 1 tengah hari hingga 11 malam tidak putus-putus, hanya berhenti untuk solat, makan pun bincang bajet.

“Saya bekerja sepenuh masa untuk sediakan Bajet 2018, sampai isteri saya kata saya tak pandang dia lagi. Ini kerana, kita hendak negara terus maju ke hadapan, bila buat sesuatu kita mesti berpijak di bumi nyata dan realitinya kita tidak sajikan bajet yang berdasarka­n sesuatu yang tak mungkin dilakukan. Ini bukan bajet sandiwara, bukan bajet parti pembangkan­g. Ini bajet kerajaan Barisan Nasional yang sudah mentadbir negara dengan jayanya sejak 60 tahun lalu,” katanya berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, di Jalan Suka Menanti, Alor Setar, semalam.

Najib berkata, segala rasa penat menyediaka­n Bajet 2018 yang disifatkan sebagai ‘ibu’ segala bajet terubat apabila mengetahui ia disambut baik dan diyakini rakyat melalui program turun padang dilakukan di negeri ini pagi tadi di Kuala Kedah.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Saya nak ‘habaq’ bahawa ada satu hari itu saya mesyuarat dengan pegawai dari jam 1 tengah hari hingga 11 malam tidak putus-putus

Najib Razak

 ??  ?? NAJIB diringi Ahmad Bashah melambai kepada hadirin selepas mengadakan majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.
NAJIB diringi Ahmad Bashah melambai kepada hadirin selepas mengadakan majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia