Harian Metro

Pilih Warung Gulai Ikan Meletop

-

Alor Setar: Gulai ‘ikan temenong’ (ikan kembung) disediakan di Warung Gulai Ikan Meletop di Taman Kota Nelayan, Seberang Kota, Kuala Kedah menarik minat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang singgah bersarapan di warung itu sempena lawatan kerja ke Kedah, semalam.

Pemilik warung berkenaan, Siti Rohani Mohd Nor, 48, berkata, dia teruja apabila warungnya menjadi pilihan Perdana Menteri.

“Saya sudah dimaklumka­n sejak dua minggu lalu oleh pegawai daerah di Kuala Kedah ini dan berasa teruja apabila Perdana Menteri akan datang ke warung saya.

“Secara jujurnya, saya tidak sangka warung saya akan dipilih sebagai persinggah­an sarapan Perdana Menteri dan sudah menyediaka­n hidangan istimewa untuk beliau,” katanya ketika ditemui di warungnya di Seberang Kota, Kuala Kedah, semalam.

Siti Rohani berkata, sebagai persiapan dia menyiapkan hidangan untuk 1,500 pengunjung yang dijangka bersarapan ketika lawatan berkenaan.

“Persiapan sudah dimulakan sejak jam 4 pagi lagi dengan dibantu 10 pekerja saya di warung ini.

“Sudah tentu hidangan ikan segar saya sediakan iaitu ikan temenong dan ikan tongkol untuk sajian hari ini,” katanya.

Dia yang berniaga sejak dua tahun lalu di taman itu menganggap kehadiran Najib di warungnya sebagai satu penghargaa­n terbesar buat dirinya.

Sementara itu, Najib yang tiba di warung itu pada jam 9.30 pagi disambut mesra oleh penduduk di kawasan itu.

 ??  ?? NAJIB bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Gulai Ikan Meletop, semalam.
NAJIB bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Gulai Ikan Meletop, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia